Monday 6 February 2017

Plan B Cyberjaya Review

Kalau korang inginkan makanan fusion, yang memang tak pernah terpikir, Plan B Cyberjaya adalah antara kawasan yang menarik untuk korang menjamu selera biawak korang semua. Plan B ni sebenarnya banyak cawangan, tapi kalau nak mencari di Cyberjaya, Plan B ni ada di De' Pulze Cyberjaya.

 
Suasana dalam Plan B Cyberjaya ni sangat menarik, disertai dengan beberapa buah TV LED yang menunjukkan beberapa video abstract yang boleh memeningkan kepala korang semua. Bahagian ceiling juga dipenuhi dengan gabungan paper cup yang menjadi bentuk yang menarik.

 
Ceiling Plan B Cyberjaya..

 
Sesape yang nak duduk kat sofa pon boleh..

Bila dah puas tengok kawasan, order la makanan plak.


~ Plan B Cyberjaya Review - Banoffee Tart ~
Banoffee Tart adalah merupakan sejenis tart yang sangat unik, dimana dihidangkan dengan Picagari yang penuh dengan Kacang Cair atau Peanut didalamnya. Harganya RM 15.00 sehidangan.

Luaran tart ni ada kekacang, cebisan coklat dan juga biskut coklat. Dalaman tart ni plak kosong sebenarnya. Cara-cara nak makan? Inject Kacang tu dalam tart tu, then Bismillah~

 


~ Plan B Cyberjaya Review - Ice Cappucino ~
Sebagai penggemar sejati dan tegar Capucino, minuman ni memang menjadi pilihan saya. Apa yang menarik tentang minuman ni, gulanya diasingkan ke dalam Tabung Uji, supaya peminum dapat tentukan bilangan gula yang nak diletak.

Percaya lah cakap saya, better letak semua sebab diorang memang bagi cukup-cukup. Harganya RM 11.00 segelas.

   
Gula dalam tabung uji. Mula-mula pelik, tapi ni la keunikkan Plan B..


~ Plan B Cyberjaya Review - Ice Chocolate ~
Namanyer saje dah dengar cam sedap je kan? Ni belum lagi tengok gambar dier. Kalau dah tengok, mau lepas ni korang g carik..

Luaran Ice Choc ni ada cream, serbuk coklat, pretzels dan juga biskut coklat. Cer tengok plak rupa dier kat bawah ni. Memang WOW! Harganya pula adalah RM 10.00 segelas.

 


~ Plan B Cyberjaya Review - Mango Pamelo Cake ~
Cake ni boleh tahan sedap dengan rasa mangga dan juga kekacang pada kek tu. Cake ni lebih sesuai sebagai appetizer daripada dessert sebab bila dah makan kek ni, lepas tu dah tak terasa nak makan banyak dah. Hehehe..

Harga untuk satu hidangan adalah RM 15.00.

 


~ Plan B Cyberjaya Review - Eggs Anyway (Scramble) ~
Fikir sekali lagi kalau korang fikir hidangan ni sekadar telur semata-mata. Eggs Anyway ni memang makanan yang sangat special dimana dihidangkan diatas roti. Kuantitinya plak sangat banyak.

Harga bagi hidangan ni adalah RM 10.00 sehidangan.

 


~ Plan B Cyberjaya Review - French Toast Stack ~
Sama seperti ala-ala Scramble Egg, makanan ni pula digabung dengan French Toast dan ditingkatkan bertingkat-tingkat (tinggi tu). Di bahagian atas pula diletakkan dengan Ice Cream Vanila disertakan dengan decoration peanut butter.

Harganya untuk satu hidangan adalah RM 25.00. Yes, memang mahal.

  
Jep Azli jadi feymes seketika, terlampau ramai sangat paparazi yang amik gambar. Hahaha..


~ Plan B Cyberjaya Review - Corned Beef Rice ~
Hidangan Corned Beef Rice ni adalah lebih heavy dan sesuai untuk menjadi main dish. Hidangan-hidangan yang atas tu semuanya boleh consider sebagai Appetizer dan juga Dessert (kecuali French Toast Stack sebab kuantitinya sangat banyak).

Dagingnya sangat lembut dan sangat sedap. Juga dihidangkan dengan telur mata, sayur-sayuran diatas daun pisang. Harga untuk satu hidangan adalah RM 22.00 sehidangan.



~ Plan B Cyberjaya Review - Lemongrass Chicken ~
Atau dikenali sebagai ayam masak serai, Nasi Lemongrass Chicken ni dimasak ala-ala nasi briani, disertakan dengan kacang kekuda. Ayamnya pula lembut (mana pernah ayam keras, kan?) dan dicarik tanpa tulang.

Harga untuk satu hidangan adalah RM 25.00.

 


~ Plan B Cyberjaya Review - Salmon Rice Bowl ~
Salmon Rice Bowl adalah diantara hidangan makanan yang mahal di Plan B Cyberjaya ni. Dengan harga RM 33.00 sehidangan, Salmon Rice Bowl ni dihidang dengan ikan salmon (agak besar juga), nasi dan juga pelbagai jenis sayur yang terdiri daripada timun, kubis ungu dan juga lobak.

Kuahnya pula adalah soy sauce cair.

   


Sampai disini saja dari saya. 

Banyak kan kuantiti makanan yang kitorang order? 

Mane tak nyer, makanan untuk 8 orang kot. Memang la banyak. Hahaha..

 

Semoga ketemu lagi di post yang lain ~

No comments:

Post a Comment