Monday 20 February 2017

Angry Bird Park Johor Bharu Review - Part 3

Kalau korang belom lagi baca post Angry Bird Park Johor Bharu yang pertama dan kedua, korang boleh carik dalam Sub-Menu Domestic Travelog kat atas.

 

So, kita teruskan dengan post yang ketiga, lebih kepada permainan orang-orang dewasa pula.


~ Angry Bird Park Review - Trampoline ~
Tempat Trampoline ni terbuka kepada beberapa bahagian, dimana ada untuk kanak-kanak berumur 2 - 5 tahun, 6 - 11 tahun dan 12 tahun keatas.

  
Irfan bersama abang kacak melompat-lompat kat kawasan 2 - 5 tahun..

Ada juga Trampoline yang takde bahagian-bahagian khusus, dimana sesiapa saja boleh join melompat sama.

  

Maaf, kawasan ni bergegar banyak sebab banyak sangat pergerakkan. Huhuhu..


~ Angry Bird Park Review - Angry Bird Swing ~
Seakan-akan Tarzan Swing, Angry Bird Swing ni boleh dikatakan dapat menyedut tenaga korang selagi lama korang ada kat dalam lautan bongkah sponge ni.

 
FYI, budak yang baru nak panjat tu sampai kesudah takleh keluar. Terpaksa panggil 2-3 orang untuk keluarkan..

Dinasihatkan kalau stamina tak cukop kuat, tolong jangan lakukan aktiviti ni. Saya jamin, boleh pancit weii~

  

Meh sini saya share kaum ibu yang eksited sangat nak jumping ke dalam lautan bongkah sponge ni. Pergerakan yang sangat menarik untuk kita tonton bersama.

 
Si ibu Irfan memanggil si ibu Mariam..

 
Standing by nak melompat..

 
Amik side dulu..

 
Hikmat terjun hiruk pikuk~

 
Mami Irfan melepaskan dulu tali yang dipegang..

 
Mami Irfan plak melepaskan tali tarzan..

 
Dan mereka semua selamat bersemadi di lautan hindi~

Nampak cam seronok kan? Memang seronok, sampai nak keluar pon dah takde tenaga. Energy drained to the max!


~ Angry Bird Park Review - Leap of Faith ~
Namanyer pon dah menggerunkan. Kena terjun ke mana-mana ke ni? Selamat ke ni? Jom kita tengok camne bentuk Leap of Faith ni.

 

Jeng jeng jeng..

Ape lagi, jom cuba!!

 
Perjalanan yang mendebarkan. Setiap langkah penuh dengan debaran..

 
Sampai kat kawasan atas ni boleh pulak ada periuk api.

 
Pandangan dari atas, nampak kecik je semuanya..

 
Pandangan dari bawah. Masuk ke kawasan lompatan..

  
Diajar cara untuk melompat. Sila akur pada perintah ye?

 
Bengkok kan kaki dulu... And..

  
Jump!!

Sangat laju sampai kamera pon takleh nak capture. Hahaha.. Memang selamat, dan sangat best hokeyy??


 
Mengimbau kembali kenangan melompat di Leap of Faith.


Orait.

Sampai di sini saja post untuk kali ni. Nantikan post yang terakhir berkenaan dengan Angry Bird Park Johor Bharu ni di post yang akan datang.

Babai semua~~

No comments:

Post a Comment