Maka dengan sesungguhnya telah masuk ke hari yang keempat, setelah penat berjalan-jalan di Bandar Melbourne, akhirnya kami sekeluarga berjaya menaiki kereta untuk hari ini.. Hurrayy~
Perhentian pertama kami pada hari yang keempat ini adalah di Brighton Beach, sebuah tempat tarikan pelancong yang anda harus datang.
Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17, Part 18, Part 19, Part 20, Part 21<<
~ Brighton Beach - Location ~
Terletak kira-kira 26 KM dari hotel, perjalanan kami ke Brighton Beach ini memakan masa hampir 30 minit dengan menaiki kereta.
Pada hari ini, saudari Amalina dari Rantau Australia yang akan membawa kami untuk meneruskan penerokaan di Bumi Australia.
~ Brighton Beach - The Beach ~
Suasana pantai di Brighton Beach ini memang sesuai untuk bermandi-manda kerana lantainya yang landai, akan tetapi pada musim sejuk memang tidak digalakkan untuk berenang. Maklumlah, terlalu sejuk.
Maka, apa yang kami boleh dibuat di persisiran pantai ini hanyalah bermain pasir sahaja (aktiviti kegemaran Irfan).
~ Brighton Beach - The Tents ~
Setiap bangunan yang berwarna-warni ini mempunyai pemiliknya yang tersendiri, dibeli dari harga 10,000 AUD sehingga ke 100,000 AUD setiap satu menerusi kaedah lelongan yang dijalankan suatu ketika dahulu.
Antara rumah yang menjadi tarikan pelancong-pelancong untuk bergambar adalah rumah yang mempunyai corak bendera Australia itu sendiri.
Kebanyakan pemilik rumah-rumah ini hanya membuka rumah mereka pada musim panas, dan sudah semestinya anda tidak boleh duduk di dalam rumah ini kecuali anda mendapat kebenaran dari pemilik rumah itu sendiri.
Di Brighton Beach ini terdapat lebih daripada 30 biji rumah yang mempunyai pelbagai jenis corak-corak dan warna yang menarik, menjadikan setiap rumah ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Seterusnya, saya akan berkongsi dengan anda koleksi gambar-gambar yang diambil di Brighton Beach ini.
Kena post juga gambar dia ini, kalau tidak nanti kena kecam~
Perangai, perangai.. Isteri siapa la ni~~
Izzat yang turut serta bermain pasir dengan Nenda beliau~
Gambar portrait Nenda dengan latar belakang orang yang asyik hendak bergambar sahaja~
Kamera kabur sebab terlalu sejuk (Parkinson wehh) ~
**********
Kami berada di sini lebih kurang 30 minit sahaja, sudah cukup untuk berjalan sehingga ke rumah yang terakhir dan berpatah balik.
Diantara rumah-rumah yang lain, rumah di dalam gambar sahaja yang menarik perhatian kami, terletak betul-betul di pintu masuk ke Brighton Beach ini.
Maka kami pun meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang kedua, iaitu melihat haiwan yang hanya ada di Australia sahaja; Kangaroo~
Di mana lokasi kami melihat Kangaroo di Australia ini? Sekiranya anda ingin tahu, nantikan post saya yang seterusnya.
Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment