Tiada siapa sangka bahawa Tram di Melbourne ini betul-betul melalui sebelah Queen Victoria Market yang menjadi tempat tumpuan para pelancong yang ingin mencari buah tangan untuk dibawa pulang.
Kebanyakan barangan yang dijual di Queen Victoria Market ini sangat murah jika dibandingkan dengan kedai-kedai yang lain di sekitar Bandar Melbourne ini.
Sekiranya anda baru sahaja membaca post ini, anda boleh membaca post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13<<
~ Queen Victoria Market - Operation Hour ~
Queen Victoria Market ini mempunyai masa operasinya yang tersendiri. Setiap hari Isnin dan Rabu, Queen Victoria Market ini akan ditutup bagi sesi pembersihan dan pembaikpulihan sebarang kerosakan yang ada di sini.
~ Queen Victoria Market - Baked Foods ~
Queen Victoria Market ini terbahagi kepada 2 bahagian, dimana salah satu bahagian di Queen Victoria Market ini menyediakan aneka jenis hidangan yang telah dimasak termasuk hidangan memasak yang lain seperti keju.
Makanan yang dijual oleh peniaga di kawasan ini sudah pasti dapat membuatkan anda yang tidak bersarapan pagi ini terliur. Bukan sahaja terdapat banyak variasi, namun harganya juga berpatutan dengan kuantiti yang besar.
Cuba anda semua bayangkan dengan harga 2 AUD, anda boleh mendapat roti-roti yang lazat-lazat, banyak inti dan juga saiz yang cukup membuatkan anda kenyang seketika.
Memang terbaik tempat ini, lebih-lebih lagi untuk pelajar-pelajar yang belajar di Melbourne ini.
~ Queen Victoria Market - Fresh Fruits ~
Bukan sekadar makanan yang telah dimasak, buah-buahan yang dijual disini juga besar-besar, manis-manis dan murah-murah.
Kepada kaki buah seperti isteri saya ini, sudah pasti beliau tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk membeli, makan dan membawa pulang ke Malaysia.
Cuba anda bayangkan strawberry yang di dalam pek ini berharga 2 AUD setiap satu. Mana tidak naik gila isteri saya disini~
Cuba anda bayangkan Capsicum yang dijual lebih besar dari tapak tangan anda, dan ianya adalah murah. Sudah pasti anda akan memborong bukan sahaja buah-buahan, malah sayur-sayuran yang didapati di sini.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda dapati di sini semuanya segar-segar, fresh dari ladang sayuran milik peniaga itu sendiri. Di sini, kami membeli strawberry, anggur, epal, pisang dan juga oren. Semuanya manis-manis~
~ Queen Victoria Market - Souvenir ~
Apabila terfikir untuk membeli buah tanga untuk sahabat-sahabat kami di Malaysia, sudah semestinya Queen Victoria Market ini menjadi pusat tumpuan utama untuk membeli-belah barangan-barangan ini.
Daripada key chain Koala sehingga ke set pakaian, Queen Victoria Market ini jauh lebih murah jika dibandingkan di tempat yang lain.
Apa yang anda perlu buat ketika di sini, survey terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti memperhabiskan duit. Boleh dikatakan setiap kedai-kedai dan gerai-gerai disini menawarkan harga yang berbeza, walaupun gerainya sebelah-sebelah sahaja.
Mencari baju-baju sukan yang berjenama di Queen Victoria Market memang merupakan satu pengalaman yang amat menarik, lebih-lebih lagi baju Team Rugbi Australia "All Black". Memang susah dijumpai.

Di sini juga merupakan tempat dimana anda boleh mendapatkan barangan-barangan yang unik seperti di dalam gambar diatas. Peta Australia dan juga Peta Dunia yang dilukis dengan tangan diatas kain putih. Memang Superb!
**********
Queen Victoria Market ini memang patut anda lawati sekiranya anda bercuti di Melbourne. Barangannya yang murah dan pelbagai jenis menyebabkan anda rambang mata untuk membuat pilihan.
Disini juga saya terpaksa mengambil langkah keselamatan untuk menarik isteri saya (yang juga merupakan sumber kewangan saya sepanjang percutian kami) jauh-jauh.. Tetapi hasil saya tetap gagal...
Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan Queen Victoria Market. Pada post yang seterusnya, saya akan berkongsi jamuan tengah hari kami dengan memakan masakan Indonesia yang mengiurkan.
Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:
Post a Comment