Wednesday, 4 October 2017

My Melbourne Journey (Part 13) - Tram to Melbourne City

Bandar Melbourne sudah pasti merupakan destinasi kami yang kami tunggu-tunggu, lebih-lebih lagi kepada kaum hawa yang mempunyai beg duit yang tebal-tebal.

 

Disebabkan kami ingin menikmati suasana di Bandar Melbourne, maka kami telah sebulat suara untuk menaiki Tram ke Bandar Melbourne.

Kepada anda yang pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post-post yang sebelumnya menerusi pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12<<


~ Tram to Melbourne City - City Tram ~


 

Antara salah satu kemudahan pengangkutan yang terdapat di Melbourne ini adalah perkhidmatan Tram ke Bandar Melbourne dan juga pulang.

Tram seperti ini memang banyak ada di sekitar Melbourne, menyebabkan anda mudah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.


 

Setiap stesen tram ini ada pitstop nya yang tersendiri. Apa yang anda perlu cari adalah tempat untuk menaiki Tram seperti gambar diatas. Sekiranya anda di Moreland Road, anda berada di perhentian yang ke-28 (dalam warna putih).

Untuk menaiki Tram, anda perlu tahu arah kemana anda tuju. Sekiranya anda berada di seberang jalan, anda akan sampai di tempat yang lain. Oleh itu, anda perlu tahu destinasi yang anda ingin tuju dahulu sebelum menaiki Tram.


 

Seakan-akan kad Touch'n'Go yang boleh didapati di Malaysia, untuk menaiki Tram ini, anda perlu ada kad yang diberi nama "myki". Kad ini membolehkan anda untuk menaiki Tram dari kawasan luar bandar ke dalam bandar.

Tetapi sekiranya anda menaiki Tram di dalam bandar Melbourne, ianya adalah percuma sahaja. Penggunaan Kad ini sama seperti Touch'n'Go, sentuh apabila masuk dan sentuh lagi sekali apabila anda ingin keluar.

Menurut sahabat kami, had yang digunakan sewaktu perjalanan hanyalah 10 AUD maksimum. Sekiranya tambang anda sepatutnya 12 AUD, ia akan menolak kad anda sebanyak 10 AUD sahaja.


~ Tram to Melbourne City - Inside Tram ~


 

Apabila saya post gambar diatas ini di laman sosial yang lain, ada yang beranggapan bahawa saya seperti menaiki MRT di Malaysia. Saya tidak salahkan mereka kerana keadaan di dalam hampir sama dengan MRT yang kita ada di Malaysia.


 

Sekiranya anda melihat gambar diatas, anda akan nampak mesin kuning yang tergantung pada tiang. Itu lah mesin yang anda harus sentuhkan kad myki.


 

Sila abaikan isteri yang tercinta itu sedang bergosip dalam bahasa melayu dan izzat yang terpaksa mendengar gosippan ibunya...


~ Tram to Melbourne City - Views from Tram ~


 

Terdapat banyak pemandangan-pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan kami menaiki Tram ke Bandar Melbourne. Saya sengaja menunjukkan gambar diatas kerana cara memotong rumput di sini membuatkan saya teruja jika berbanding dengan di Malaysia.

Sekiranya di Malaysia, sudah pasti ramai pengguna jalan raya ataupun pejalan kaki tercedera akibat serpihan-serpihan rumput...


 

Ini pula merupakan The Royal Melbourne Institute, sebuah hospital yang berada di Melbourne, menjadi pusat tumpuan pelajar-pelajar bidang perubatan dan juga pesakit-pesakit di Melbourne.


~ Tram to Melbourne City - Arrival Point ~


 

Setelah kira-kira 15 minit di dalam Tram, akhirnya kami selamat tiba di Hutan Besi Melbourne. Untuk kali ini, sahabat kami Effanee tidak bersama-sama dengan kami tetapi kami dibawa oleh Cik Aqilah pula.

Perjalanan di Bandar Melbourne ini sudah semestinya dimulakan dengan persinggahan di Queen Victoria Market, satu tempat yang menyebabkan kami tergila-gila dengan barangan saguhati yang murah-murah dan unik.

Ingin tahu tentang Queen Victoria Market? Nantikan perkongsian saya pada post yang akan datang.

Oleh itu, sampai disini sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Jumpa lagi di masa akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment