Monday, 23 October 2017

My Melbourne Journey (Part 21) - PitStop Kebabs Moreland Road

Mencari makan malam untuk hari yang ketiga di Melbourne tidak lagi susah disebabkan kami tahu sedikit sebanyak tentang makanan Halal di kawasan Moreland Road ini.

 

Tidak jauh dari Dolma Hotel, dengan jarak tidak sampai 100 meter sudah sampai di kedai makanan Halal yang menyediakan hidangan ala-ala Kebabs.

Kepada anda yang pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17, Part 18, Part 19, Part 20<<

~ PitStop Kebabs Moreland Road - Menu and Prices ~

 

Terdapat pelbagai variasi yang disediakan di PitStop Kebabs ini; dari Kebab biasa sehingga ke Halal Snack Pack (HSP).

Oleh disebabkan kami telah merasa Kebabs pada malam sebelumnya, maka kami pun mencuba untuk merasa hidangan HSP pula.

 

Harga untuk hidangan HSP adalah seperti di dalam gambar diatas. Harganya boleh tahan, 13.50 AUD tetapi bagaimana pula dengan rupa hidangan ini?


~ PitStop Kebabs Moreland Road - Halal Snack Pack ~

 

Itu dia Halal Snack Pack yang disediakan di kedai PitStop Kebabs ini. Memang senyum sampai ke telinga si Najwa ini.

 

Halal Snack Pack ini dihidangkan dengan dua cara, biasa atau pedas. Sekiranya anda memesan hidangan biasa, ianya akan dihidangkan dengan Mayonis sahaja manakala sekiranya pedas, tambahan cili akan diletakkan diatas hidangan tersebut.

Daging diatas dan kentang dibawah. Apa lagi, jom kita rasa hidangan ini. Sedapkah, atau sebaliknya?


Gigitan yang pertama sudah menentukan segalanya. Terasa lebihan garam yang menyebabkan hidangan di sini menjadi agak masin, samada dagingnya mahupun kentangnya.

Dimasa ini lah saya terasa menyesal untuk kali yang kedua kerana tidak membawa sos cili dari Malaysia. Sos cili yang dihidangkan disini berasa masam, bukannya pedas.

 

Namun, hidangan yang disediakan memang banyak sehingga kami terpaksa membungkus makanan ini dan membawanya pulang ke Hotel.

**********

Kemasinan adalah berbeza sekiranya dibandingkan dengan kedai-kedai kebab yang lain. Untuk saya, hidangan di kedai ini terlalu masin.

Kepada anda yang suka akan benda yang pedas, saya ingin menasihatkan anda supaya membawa cili sos packet dari Malaysia kerana di Melbourne ini tiada satu pun cili sosnya yang pedas.

Cili sos Malaysia juga yang terbaik!

Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan HSP yang dikatakan agak terkenal dikalangan masyarakat Malaysia yang menginap di sekitar Melbourne ini.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment