Monday, 17 April 2017

Sotong Celup Tepung Tersedap Kuala Terengganu Review

Salam Sejahtera semua!

Time kitorang sekeluarga berjalan-jalan kat Kuala Terengganu, dalam itinerary yang saya buat mesti akan ada masa untuk makan Sotong Celup Tepung kat sini. Kat mana yang paling sedap?

 

Sotong Celup Tepung kat Warung Pok Nong Mengabang Telipot lah jawapannyer~


Mengabang Telipot ni sebenarnya nama tempat, sebab Warung Pok Nong ni sebenarnya ada lebih kurang 3 kedai kat sekitar Kuala Terengganu ni. Kat Mengabang Telipot ni la kedai asal Warung Pok Nong.

Kedai dier ni terletak dalam lebih kurang 20 minit driving dari Airport Kuala Terengganu, by pass Pekan Gong Badak.


 

Time kitorang sampai ni lebih kurang dalam jam 5.25 petang, tapi tengok dier punya beratur tu. Ya Allah, panjang giler weii~

~ Sotong Celup Tepung Tersedap Kuala Terengganu Review - Masa Beratur ~
Maka, saya pon masok la barisan untuk beratur ni. Disebabkan saya pernah datang kat sini atas urusan kerja, so kali ni saya mengambil masa menunggu atau beratur yang penuh dengan penantian~

Start beratur dalam kol 5.28 petang..


 

Jam 5.37 petang~


   

Banyak gak orang menunggu makanan untuk sampai. So, kalau datang berkumpulan tu, pastikan korang chop dulu meja tu. Kang bila makanan dah sampai, memang susah nak cari.

Jam 5.47 petang~


  

Jam 5.58 petang~

 

Jam 6.03 petang~


 

Jam 6.09 petang~


 

Ohoo~

Dah nak sampai dah ni. Menggigil dah kaki ni menanti saat-saat indah memakan Sotong Celup Tepung Pok Nong ni~

Jam 6.15 petang~


 

Tu la dier Pok Nong, pemilik kedai Warung Pok Nong. Yang pakai kupiah tuu~~

Jam 6.18 petang~

Akhirnya masanya sudah tiba. Dapat juga time untuk merasai kenikmatan makan Sotong Celup Tepung Pok Nong~

Kenapa la lama sangat sampai beratur hampir sejam ni? Nak taw? Ni disebabkan Pok Nong mengamalkan hidangan yang panas untuk pelanggan-pelanggan dier, terutamanya Sotong Celup Tepung beliau.

So, sebab-musabab kenapa kena beratur panjang adalah disebabkan oleh sotong~~

********** TIPS **********
Kalau korang tak nak makan Sotong Celup Tepung, mungkin korang nak amik ikan atau udang, atau kopok lekor, korang tek perlu beratur sebenarnya. Just pegi je ke kaunter dan amik.
****************************

~ Sotong Celup Tepung Tersedap Kuala Terengganu Review - Tempat Order Air ~
 

Tempat order dan amik makanan dan tempat amik minuman adalah berbeza. Tempat minuman ni dipecahkan kepada 2: Air dan juga Air Special.


~ Sotong Celup Tepung Tersedap Kuala Terengganu Review - Sotong Celup Tepung ~
Sotong Celup Tepung kat sini memang mempunyai harga-harga yang berbeza berdasarkan dengan kebesaran sotong tersebut.


   

Harganya Pok Nong sendiri yang akan letakkan. In my case, harga untuk 2 ketul sotong ni adalah berharga RM 27 sahaja~


 

Tak nampak kebesaran sotong tu? Meh sini saya ukur dengan jari saya plak. Jari telunjuk saya tu siap kena kali dengan 2 lagi. Besar weii~~


 

Disebabkan saya ni bila time ke Kuala Terengganu je mesti singgah, so bagi la mommy yang merasmikan pemotongan sotong ni. Tapi potong pon tak abeh, katanya besau sangat sampai sakit tangan~

Ape plak rasa sotong ni sampai ramai orang beratur nak makan? Special sangat ke?

Yes, memang special. Sotong ni, kalau tak kena dengan tepung yang digunakan, memang jadi tak sedap. Tepung dier plak rangup dan garing, bila makan bunyik kriuk kriuk lagi.


Ape yang menyebabkan dier lagi sedap is kuah cicah dier, buatan sendiri hokeyyyy~~


~ Sotong Celup Tepung Tersedap Kuala Terengganu Review - Ikan Celup Tepung ~
Ikan yang digunakan adalah Ikan Kembung Besar ataupon Ikan Mabung. Memang fresh, terasa kemanisan bila makan isi dier tu~


 

Yang gambar atas tu kat kaunter, so taknak la amik semua kan, nanti dibilang tamak haloba la plak kan. Hahaha~
 

Harga ikan ni pon bergantung kepada saiz dier gak, time kitorang datang dan makan ikan ni, harga seekor jatuh dalam RM 6.


Tapi memang berbaloi amik ikan kalau datang sini sebab ikan dier memang fresh!


~ Sotong Celup Tepung Tersedap Kuala Terengganu Review - Udang Celup Tepung ~
Menu terakhir yang Warung Pok Nong saji kan adalah Udang Celup Tepung. Udang Celup tepung ni, sepanjang 2 hari kitorang makan, sentiasa berubah-ubah saiznya.

 

Harga udang ni ikot ekor juga. Seekor kalau tak silap dalam RM 2, sebab udang yang dier sajikan ni dalam saiz sederhana.


~ Sotong Celup Tepung Tersedap Kuala Terengganu Review - ABC ~
Bila dah syiok tengok makanan, kita tengok la plak minuman special diorang ni, which is ABC atau Ayaq Batu Campuq~

 

Tengok tu, macam-macam warna ada, siap ada letak Aiskrim Vanila lagi. Rasanya tak la berapa manis (mungkin lidah saya ni asik makan benda manis, so bila minum ni dah jadi tak manis).



 

Ni la hadiah untuk Irfan yang sangat sukakan Aiskrim, tapi dier makan Aiskrim je, yang ABC bawah tu disuruh papa dier gak yang makan.. Adoiiyaii~


~ Sotong Celup Tepung Tersedap Kuala Terengganu Review - Green Milk Tea ~
Siapa cakap orang kampung tak reti buat Green Milk Tea? Sedap wei bila minum air ni, rasanya cukup, tak terlalu manis dan tak terlalu tawar.



 

Memang terbaik la~


~ Sotong Celup Tepung Tersedap Kuala Terengganu Review - Opening Hour ~
Warung Pok Nong ni dibuka seawal jam 3.30 petang (tak awal pon sebenarnya), tapi yang paling menariknya, jam 3.00 petang pon dah ada orang beratur panjang.. APAKAHH?

 

So, atas ni la masa operasi diorang. Korang kena pastikan yang korang tak datang pada hari Selasa ye, sebab Warung Pok Nong nya tutop~

Meh sini saya tulis balik dalam English, kot-kot la kalau ada mat saleh tengok post ni~

Opening Time : 3.30 PM

Closing Time : 8.00PM
Closing Date : Tuesday (exclude School Holiday or Public Holiday)


~ Sotong Celup Tepung Tersedap Kuala Terengganu Review - Resting Area ~


 

Bila dah kenyang makan, tiba la masa untuk bersuka-suki plak. Eh eh, nak pegi mana bersuka-suki ni? Mesti la pegi ke pantai~

 

Beli bubble untuk main kat tepi pantai dulu~


    

Untuk pengetahuan korang, Warung Pok Nong ni berhadapan dengan Laut China Selatan, maka tak digalakkan untuk mandi-manda. Apa yang korang leh buat hanya lah beriadah saja~

Orait, sampai kat sini saja sesi memakan Sotong Celup Tepung kat Pok Nong~

Jumpa lagi di post yang lain nanti~

Bubbyeee semuaa~~

No comments:

Post a Comment