Monday, 10 April 2017

Jelajah Redang Part 6 - Taman Laut Pulau Redang Review

Salam Sejahtera semua!

Dah masuk ke part yang ke-6 dah. Sebelum ni banyak saya sharekan berkenaan dengan perjalanan kitorang dari Jeti Syahbandar - Pulau Redang - Snorkeling.

Sape-sape yang masih belom baca lagi post saya yang sebelumnya, bolek klik ni : Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5.

 

Untuk post hari ini, saya akan berkongsi aktiviti yang kitorang lakukan setelah penat snorkeling di Tasik Akar Pulau Redang, iaitu aktiviti di Taman Laut Pulau Redang~

Selepas sejam kitorang snorkeling, kitorang dibawa ke Pantai Taman Laut Pulau Redang, terletak kira-kira kurang dari 5 minit perjalanan dari Tasik Akar. 

 

Walaupon dah habis sesi kat Tasik Akar Pulau Redang, Irfan dan Izzat masih belum bangun tidur. Nampak sangat betapa letihnya diorang dipaksa mengikut mommy dan papa nek bot laju~

 

Pemandangan yang indah dapat menenangkan jiwa yang duka lara ini.. Cheewah~~


Atas sebab untuk memelihara pantai yang penuh dengan batu karang ni, kitorang diturunkan di Jeti kecil yang diperbuat daripada tong-tong plastik kosong yang diikat rapat-rapat.

 

Bila pijak ke kat atas jeti tu (tak berkasut), boleh tahan gak la terbakar tapak kaki ni. Panas wei, silap haribulan boleh melecur tapak kaki!

Tapi uncle ni memang gagah, selamber rock je dier pijak~

Alright, maka tiba lah kami segerombolan di Pantai Taman Laut Pulau Redang. Yippiii~ Jom tengok keindahan pantai kat sini~

  

Pergh! Bersih giler pantai kat sini, memang diorang jaga betul-betul. Yang best sekali, siap ada tong sampah lagi selang 50 meter. Kalau sape yang buang gak sampah merata-rata, tak tau la nak cakap camne lagi.

  

Kita teruskan perjalanan ke tempat yang redup, so that kalau ada yang nak berehat di tepi pantai sambil makan jajan yang dibawa. Tapi kalau dah sampai sini takkan nak berehat plak kan?

  

Opkos la pegi berenang ataupon snorkeling lagi! Jom!!

 

Kat pantai ni banyak sangat batu karang "Dead Coral" yang menyebabkan kalau korang nak masuk ke dalam air dengan kaki ayam, memang agak sakit, tapi tahan jela~

Dan lagi satu, kat sini curang kedalaman dier agak tinggi, so walaupon tak jauh dari pantai, tapi dah dalam. Dinasihatkan kalau korang nak masuk dalam air ni, pakai la life-vest.

  

Oleh sebab Irfan dan Izzat dah bangun dari tidur yang lena, maka berenang la kami sekeluarga kat sini~

 

Tapi kat sini walaupon baru kol 4 petang, tapi kepanasan dier memang sangat terik. Memang terbakar habis muka kitorang kat sini. Huhuhu~

 

Ikan pon kitorang leh nampak berenang-renang kat sekeliling kitorang. So, bila dah nampak ikan...

   

Bagi la makanan sikit, dengan doa semoga dimurahkan rezeki kami sekeluarga gitteww~ Hehehe~

Kitorang kat sini tak lama, lebih kurang 30 minit camtu, sebab dah lama kat Tasik Akar yang sepatutnya 45 minit tapi dibawa ke sejam lebih. Hahaha~

  

Terpaksa la bergerak ke jeti kecik tu semula. Memang tak puas mandi, so kena balas dendam kat swimming pool la jawabnyer nanti~

 

Time menghala ke bot balik, kitorang terperasan ada kawasan konservasi penyu! Ni ala-ala kawasan penternakan penyu la lebih kurang.

 

Tapi bila ditengok dalam kawasan ni, penyu dier xkelihatan. Mungkin sebab penyu ni bertelur time malam, so petang-petang chenggini diorang pegi carik makan.

Terasa nak pusing-pusing kawasan ni, tapi orang yang bawa kitorang dah start panggil-panggil. Haishh~

  

Maka kitorang pon terus bergerak menghala ke bot kitorang semula~

Bagi saya, trip ke Taman Laut Pulau Redang ni mesti korang terokai. Disebabkan ada dua sesi yang macam saya terangkan pada post yang sebelumnya, ternyata belah petang memang lebih menarik.

   

Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada penyu-penyu yang masih belum menetas yang kitorang tak taw ada ke tak, kitorang pon terus beransur pulang ke Pulau Redang Long Beach untuk mandi kat swimming pool hotel.

Nak taw al-kisah kitorang bermandi-manda kat swimming pool hotel plak?

Nantikan post saya yang seterusnya, dimana ia juga merupakan post yang kedua terahkir dalam siri Jelajah Redang ni. Yeay~ *tepuk* *tepuk*

Ehem!

Jumpa lagi di post yang lain~

Bubbyee~

No comments:

Post a Comment