Thursday, 20 April 2017

City Point Hotel Kuala Terengganu Review

Hi Semua!

Sepanjang penginapan kami kat Kuala Terengganu yang lepas, kami sekeluarga menginap di City Point Hotel, kira-kira 2 minit jaraknya dari Pasar Payang dengan berjalan kaki.


 

Pada asalnya, saya book bilik melalui website Airbnb, tapi tak sangka banyak hotel-hotel budget guna website ni sebagai marketing place mereka.


Yang paling best sekali, gambar dalam website memang tak sama dengan real life. Apa la nasib kami ini. Tapi takpe, sebab kami ni pun asik berjalan saja, bukannya duduk memerap kat dalam hotel ni~

~ City Point Hotel Kuala Terengganu Review - Parking ~
Bila waktu pagi hingga petang, kawasan depan hotel ni memang susah nak cari parking, so kalau nak senang cari parking, kawasan belakang bangunan ni ada. Tapi berbayar la~

Bayaran parking adalah mengikut jam (50 sen) kalau parking di bahagian depan hotel manakala kalau bahagian belakang hotel adalah per entry (RM 2).

Orang hotel juga menasihatkan kalau di waktu malam, jangan parking kat belakang bangunan sebab banyak kes-kes yang tak diingini berlaku~

~ City Point Hotel Kuala Terengganu Review - Reception Hall ~
Orait, tanpa membuang masa, jom kita teruskan perjalanan kita untuk check-in. Sebelum tu, amik gambar jap kat pintu masuk hotel ni~


 

Masa untuk check-in pula tak la lama sangat, sebab dah booking awal-awal. Harga untuk 2 malam yang saya bayar untuk book hotel ni melalui Airbnb adalah RM 213 sahaja~


 

Bila dah dapat kunci bagai, dah tiba masanya untuk mengorak langkah ke bilik. Untuk pengetahuan you guys, bilik hotel ni semuanya di tingkat 2 dan keatas~

~ City Point Hotel Kuala Terengganu Review - Lepaking Hall ~
Bila sampai di tingkat 2 hotel ni, ada la plak kawasan lepak-melepak. Siap ada TV lagi tu. So, kalau time bola, memang bising la tempat ni~


 

Kawasan ni walaupon nampak simple, tapi wallpaper yang dilekatkan kat dinding ni menampakkan kawasan ni nampak elegant dengan corak ala-ala harimau gitu~


 

Pada asalnya, ingatkan walpaper ni adalah bulu, tetapi rupanya bukan. Tak sangka kena tipu untuk seketika. Hahaha~

Kat sini juga disediakan water dispenser, dimana you guys boleh mengisi air minuman sebelum memulakan hari yang panjang nanti.

Maka, kitorang pun meneruskan perjalanan ke bilik hotel. Jarak laluan ke bilik agak sempit, so kalau ada orang lain lalu, boleh berlaga.


 

~ City Point Hotel Kuala Terengganu Review - Hotel Room ~
Bila bukak saja pintu bilik dan buka lampu, memang terperanjat la juga. Dalam gambar yang kat dalam website Airbnb, dier tunjuk ada 2 katil queen sebelah-sebelah. Sekali dia bagi kami bilik..


 

Satu katil Queen dan satu katil Single. Jauh pula tu diantara satu sama lain. Tapi nasib baik Irfan sendiri yang volunteer nak tidur kat katil single..

Dah besar dah anak papa ni nak tidur kat katil single.. Huk huk huk~

Hmm, tak elok mengeluh lama-lama sangat. So, jom kita tengok dari segi design katil pula~



Setiap satu katil dibekalkan dengan plug yang tersendiri. Untuk katil Single ada satu plug dan katil Queen ada 2 plug. Siap ada lampu lagi tu kat setiap kepala katil~

TV pula digantung tinggi kat bahagian tengah-tengah diantara katil. Jangan risau, TV ni boleh dialih-alih~


 

Walaupon hotel ni hotel budget, mereka tetap menghidangkan kami dengan air mineral dan cerek eletrik seperti bawah ni~


 


~ City Point Hotel Kuala Terengganu Review - Restroom ~
Tak sah kalau tak tengok sekali restroom yang hotel ni sediakan. Maklumla, tempat yang paling penting ni haruslah memberikan keselesaan kepada penghuni.

Restroom hotel ni agak kecil dimana semuanya disumbatkan ataupun diletakkan pada satu tempat. Jangan risau, hotel ni juga menyediakan towel dan juga sabun picit~


 

Walaupon semuanya diletakkan di satu tempat, tapi kawasan singki hotel ni diasingkan (tapi dalam satu kawasan juga sebenarnya). Bila dilihat memang nampak elegant tempat singki ni dengan tiles yang dipasang di dinding~


 


~ City Point Hotel Kuala Terengganu Review - Kesimpulan ~
Secara kesimpulannya, kepada mereka yang mempunyai schedule yang pack dan hanya balik ke hotel untuk mandi dan tidur sahaja, Hotel Budget adalah hotel yang paling tepat untuk korang pilih.

Bukan sahaja harganya yang murah, tetapi hotel-hotel sebegini mamang menjadi pilihan ramai pengunjung-pengunjung dari luar bandar.


Orait, maka berakhir lah sudah post saya untuk kali ni.

Jumpa lagi di post yang akan datang~

Bubbyeee~~

No comments:

Post a Comment