Hi semua!
Selamat datang ke Part ke-3 dimana part ni, kitorang akan share dimanakah tempat kitorang makan ketika di Pulau Redang.
Kalau ni merupakan post pertama yang korang baca dalam edisi Jelajah Redang, korang boleh check balik Part 1 dan Part 2 untuk taw perjalanan kitorang ke Redang ni.
Klik link bawah ni untuk ke post yang sebelumnya;
Tanpa membuang tenaga yang berlebihan, jom kita teruskan ekspidisi kitorang kat Redang di dalam mencari sesuap nasi untuk perut buaya masing-masing.
~ SandFly Cafe Review ~
SandFly Cafe ni terletak tak jaoh dari Sari Pasifica, lebih kurang 100 meter gak la. Tapi bila tengah hari dengan panas terik berjalan kat pantai, memang boleh menyebabkan perut semakin menjadi-jadi.
~ SandFly Cafe Review - Menu List ~
Kat sini harga makanan diorang memang agak mahal kalau dibandingkan dengan harga kat tanah besar, sebab kat sini diorang terpaksa survive time orang tak ramai datang (tapi foreigner memang selalu datang sini).
Moh saya share sikit menu yang diorang sediakan kat sini~
Bukan je harga makanan yang mahal, tapi harga air tin pon boley tahan mahal. Tapi apakan daya, bedal sajalah~
Ni la dier makanan yang kitorang order sepanjang kitorang ada kat Redang ni~
~ SandFly Cafe Review - Black Paper Chicken on Rice ~
Bila sampai je makanan ni kat atas meja, saya hanya mampu untuk senyum saja. Speechless tengok sayur dia..
Ayam Black Paper dier ni memang mengancam kewarasan minda untuk berfikir secara kreatif. Memang pekat sungguh rasa Black Paper kat ayam ni. Ok la sekadar mengisi perut yang kosong ni.
Harga? RM 13 untuk satu hidangan yang kalau kat tempat lain boleh dapat dalam RM 7 jer satu hidangan..
No complain, sebab merantau kat tempat orang~
1. SandFly Cafe Review - Coconut Drink
Tak sah kalau pegi mana-mana pantai tapi tak minum air kelapa.
Tapi air kelapa yang diorang bagi ataupon ada kebanyakkannya tua-tua. So, bila kelapa tua, isi dalam dier agak keras dan boleh buat parut. Kalau kelapa muda, isi dalamnya nipis dan lembut untuk dimakan.
Korang nanti kalau datang sini, request untuk kelapa muda ya? Kalau korang tak cakap, diorang akan bagi korang kelapa tua.
~ SandFly Cafe Review - Ramli Burger ~
Nak merasa je sebenarnya, apa la beza sangat burger kat sini dengan burger kat tanah besar. Memang banyak beza nya dari segi harga, kandungan dan juga kesedapan.
Harga 3 kali lebih mahal (biasa la kalo kt kepulauan ni), kandungan yang sikit (sayuran yang sikit) dan rasa yang lebih sedap sikit sebab diorang letak Thousand Island daripada letak Mayonis.
~ SandFly Cafe Review - Kids Meal Chicken and Chips ~
Harga 3 kali lebih mahal (biasa la kalo kt kepulauan ni), kandungan yang sikit (sayuran yang sikit) dan rasa yang lebih sedap sikit sebab diorang letak Thousand Island daripada letak Mayonis.
~ SandFly Cafe Review - Kids Meal Chicken and Chips ~
Chicken and Chips untuk budak-budak ni memang menguji daya ketahanan minda kitorang. Walaupon rasanya standard, tapi yang menguji nya adala harga dia.
Harga makanan ni adalah RM 12 untuk satu hidangan.
~ SandFly Cafe Review - Chicken Chop ~
Yang ni plak kitorang makan time malam yang ke-dua. Saya makan Chicken Chop (sebab nak taw ape yang mahal sangat sampai RM 20 ni berbanding Kids Meal).
Sejujurnya, kali ni ayam dier cam terlebih masak. Ada terasa hangit-hangit sikit. Yang lain semuanya OK, Fries dengan sayuran dia~
~ SandFly Cafe Review - "Kampung" Style Fried Rice ~
Yang ni plak adalah pilihan hati mommy, siap cakap lagi yang nak extend lagi sehari sebab baru jumpa makanan yang sedap. Hahaha..
Tapi bila dirasa (ngepow makanan mommy sikit), memang sedap masakan dia. Rasa rempahnya memang mencukupi walaupon sayuran yang dimasukkan adalah sedikit.
Tapi bagus juga sayur sikit, boleh makan nasi dengan banyak. Nasib baik la keesokan harinya dah balik, kalau tak, habis naik berat badan. Hahaha..
2. Redang Lagoon
Redang Lagoon ni adalah diantara tempat makan yang feymes dikalangan orang-orang Islam (Muslim) kat Pulau Redang ni, Kalau sari Sari Pasifica, korang jalan menghala ke SandFly Cafe, dan lajakkan lagi 50 meter.
Memang susah sikit nak carik, tapi kalau nak senang, carik je kawasan hotel yang mempunyai reka-bentuk kemelayuan. Time kitorang datang ni malam, so begini la rupanya~
Tengok tu atap dia pon dari daun mengkuang. Memang menerapkan gaya tradisional~
Sebelum makan, moh kita tengok dulu masa operasi Redang Lagoon Cafe ni dulu~
Kalau Outsiders ataupon bukannya penghuni Redang Lagoon ni, korang kena bayar untuk Buffet Style. Malam biasanya akan ada masa untuk BBQ, which is menyebabkan harganya menjadi lebih mahal.
So, berapa la agak-agaknya harga buffet kat sini eh?
Breakfast = RM 10 untuk seorang dewasa
Lunch = RM 15 untuk seorang dewasa
Dinner = RM 15 untuk seorang dewasa
Dinner (BBQ) = RM 25 untuk seorang dewasa
Harga untuk kanak-kanak pon ada, tapi lupa plak berapa harga diorang kenakan.
So, bila dah bayar, ape lagi, serbu la makan buffet~
Tapi time kitorang datang time dah nak tutup dah, so banyak makanan yang dah habis. So, kitorang makan jela ape yang ado~
Bila dah kenyang, terasa la plak nak bersantai kat kawasan ni. Tapi tak kan ni je kan aktiviti malam yang kitorang buat kat sini?
Kalau korang nak taw ape aktiviti waktu malam yang kitorang buat kat sini, tunggu la post yang seterusnya~
Sampai kat sini dulu.
Bubbye~
Bubbye~
No comments:
Post a Comment