Menjadi tradisi para pelancong untuk merasai mahupon membawa balik kek lapis sarawak yang sedap dan unik. Alang-alang dah ada kat Kuching ni, saya share sikit kat mane nak carik Kek Lapis Sarawak yang paling sedap.
Betul tekaan korang. Kek Lapis Sarawak yang paling sedap hanya boleh didapati di Mira Cake House Kuching.
Tengok tu. Punya la ramai orang datang beli..
Kenapa banyak sanagat orang datang ke kedai dia ni? Apa sangat yang special tentang kek lapis yang dibuat dan dijual disini?
Kek Lapis yang dijual disini terlalu banyak sangat variasi, dan murah-murah berbanding di Semenanjung mahupon di sekitar kawasan ni, didalam lingkungan RM 10 - RM 30 sahaja.
Cuba bayangkan, Kek Lapis Masam Manis kat sini only RM 10 jer! Kat Semenanjung sampai RM 35!! Murah Bangaaatttt!!!
Selain dari Kek Lapis, Mira Cake House juga menjual kerepek-kerepek dan juga biskut-biskut buatan tradisional.
Walau ape pon, sebelum membeli, kena cuba dulu kek lapisnya. Yela, nak ikut rasa sedap di tekak kan? Lain orang, lain minatnya~
Di satu kawasan, ada terdapat potongan-potongan kecil variasi kek lapis yang dijual. Rasa la semua, takde masalah. Nak makan bagi kenyang pon boleh, cuma nanti orang kedai jeling jela..
Waktu operasi kedai Mira Cake House? Kedai ni beroperasi dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam.
Apa yang lebih menarik di kedai ni, mereka menyediakan satu lagi ruangan memproses kek lapis yang baru sampai dari kilang. Disini la pekerja-pekerja Mira Cake House memotong Kek Lapis kepada beberapa bahagian yang kemudiannya dimasukkan kedalam bekas untuk dijual.
Sebelum melangkah kaki keluar dari kedai, kami sempat lagi berborak dengan tuan empunya kedai ni.
Tokey kedai berdiri di tengah-tengah..
Memang rugi kalau korang datang ke Kuching, tapi xsinggah untuk beli Kek Lapis Sarawak kat sini.
Jumpa pagi di post yang akan datang~
No comments:
Post a Comment