Wednesday, 15 February 2017

Angry Bird Park Johor Bharu Review - Part 1

Tak pernah terfikir pon sebenarnya dapat melakukan aktiviti kat Angry Bird Activity Park ni. Dah la jaoh dari Kajang ke Komtar Johor Bharu plak tu. Amik masa lebih kurang 3 - 4 jam gak la lalu highway menghala ke sini.

 

Meh sini saya review ape sangat yang menarik kat sini sampai ramai orang yang datang beraktiviti.
~ Angry Bird Park Review - Waktu Operasi ~
Waktu operasi kat Angry Bird Park Johor ni agak unik. Dier start buka dari jam 10 pagi sampai 9 malam sebab dalam shopping complex komtar kan. Detailnya seperti dibawah.

1. 10 pagi sehingga 1 petang (Umum)
2. 1 petang sehingga 2 petang (Khas untuk lawatan Sekolah)
3. 2 petang sehingga 5 petang (Umum)
4. 5 petang sehingga 6 petang (Khas untuk lawatan Sekolah)
5. 6 petang sehingga 9 malam (Umum)

Kadang-kala korang boleh main non-stop kalau xde sesi lawatan sekolah.


~ Angry Bird Park Review - Harga Masuk ~
Kalini saya share awal-awal harga entry Angry Bird Park sebab tengah eksited nak tunjuk kat korang aktiviti yang kitorang buat sepanjang 5 - 6 jam kat sini. 

Dah ready?

Kalau Rakyat Malaysia yang ada MyKid / MyKad = RM 60 sorang (under Promo)

Family Pass untuk 4 orang = RM 218 under Promo (save RM 22)

Fuh! Dah siap share, ape lagi.. Gambar Mari!!


~ Angry Bird Park Review - Entrance ~
Memang menarik tempat ni, di decorate hampir serupa dengan mainan video Angry Bird tu sendiri. Tak percaya?

Tengok la sendiri buktinya~

 
Slingshot Angry Bird~~

  
TV LED yang banyak memberikan info-info yang disukai kanak-kanak..


~ Angry Bird Park Review - Ticket Counter ~
Masuk je kedalam kawasan Angry Bird Park ni, opkos akan jumpe Kaunter Tiket. So, camne la agak-agaknya rupa nya yer?

 
Memang hebat dekorasi yang diorang buat. Family photo satuu~

 
Tempat menunggu yang sangat mendebarkan. Harap-harap la tak meletup..

 
Si adik manis tengah kira-kira tiket..

 
OK, tangan dah diikat dan dittanda. Tiba masa untuk masuk~


~ Angry Bird Park Review - Shoes Rack ~
Korang jangan risau kalau nak tinggalkan kasut korang yang mahal-mahal lagi vouk tu, sebab diorang menyediakan tempat letak kasut yang sangat besar dan luar.

  

Memang spacious tempat kasut diorang ni. Kalau korang bawa stroller plak, korang boleh tinggalkan di kawasan luar.

Jangan risau, tak hilang punya. Berserah pada Allah k?


~ Angry Bird Park Review - Empty Log ~
Kalau korang penggemar game Angry Bird, korang mesti kena bergambar kat sini dulu sebab dier betul-betul kat pintu masuk.

 

Empty Log ni akan bawa korang straight ke kawasan Angry Bird Normal.


~ Angry Bird Park Review - Space Halo ~
Space Halo ni plak akan membawa korang ke kawasan Angry Bird Space.

 


~ Angry Bird Park Review - Angry Bird Mascot ~
Bila tengah jalan-jalan, ternampak la plak dengan maskot Angry Bird yang chomel gitteewww~

Amik gambar satu kali~

Family Asas Irfan~

 
Family Asas Mariam~

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Untuk kalini, saya akan share dengan korang dulu Maze yang ada kat dalam Angry Bird Park ni. Untuk nak tengok gambar yang lain, saya akan post di entry yang lain.

Jom kita tengok maze kita yang pertama dulu~


~ Angry Bird Park Review - Wooden Maze ~
Wooden maze ni adalah maze yang pertama kita akan terokai. Jom kita tengok kemana perginya Wooden Maze ni.

       
Dalam jalan-jalan ni boleh la plak jumpe telur Angry Bird yang masih belum menetas. Masak telur mata kerbau boleh kenyang seminggu~

Masih boleh jalan lagi ni. Jom tengok yang maze no 2 plak~


~ Angry Bird Park Review - Space Maze ~
Dah tiba masanya untuk saya kongsi pengalaman saya berjalan seorang diri di Maze yang kedua ni.

        

Ok, tamat al-sudah perjalanan merentasi 2 maze yang sangat menarik.

Banyak lagi gambar-gambar yang lain yang saya tak sabar-sabar nak share dengan korang, tapi kena tulis post yang lain sebab post ni pon dah terlampau panjang.

Untuk koleksi gambar-gambar yang lain, sila tunggu post yang seterusnya ye?

Babai for now~~

No comments:

Post a Comment