Thursday, 23 February 2017

Angry Bird Snack Bar Review

Time-time penat bermain-main kat Angry Bird Activity Park, atau tengah menunggu masa untuk Activity Park bukak balik, ape kate korang langkahkan kaki korang kejap ke Angry Bird Snack Bar dulu. 

 

Angry Bird Snack Bar ni hanya bersebelahan dengan entrance ke Activity Park. Senang untuk dicari. So, ape yang best sangat kat sini eh?
Dah semestinya Snack Bar ni merujuk kepada makanan dan minuman. So, yang bestnyer mestilah snack yang disediakan untuk semua pengunjung yang datang beraktiviti di sini!

 

Ada promotion ke? Yes, opkos ada!

 

Jom kita cuba makanan yang special kat sini. Yang penting, kita kena la order dulu..


~ Angry Bird Snack Bar - Food Counter ~
Banyak jenis hidangan yang diorang sediakan. Ada sandwich, muffin, roti dan sebagainya~

  

Harganya boleh tahan. Disebabkan budget yang mencemburui, kitorang pon amik la makanan yang simple. Dengan berbekalkan RM 5, kitorang boleh dapat kopi dan juga waffle!


~ Angry Bird Snack Bar - Coffee ~
Kopi dier dari mesin nescafe dan opkos rasanya standard!

 
Secawan kopi panas yang dapat memberi semua tenaga yang hilang~


~ Angry Bird Snack Bar - Waffle ~
Waffle dier plak memang awesome! Sama cam waffle yang lain, yang menariknyer waffle ni, coklat dier melimpah-limpah. Tambahan plak dengan honeystar yang ditaburkan di atas waffle seakan-akan makanan ni datangnya dari outer-space.

Cheewahh..

  


~ Angry Bird Snack Bar - Upper Level Snack Hall ~
Kalau korang tengok balik kat gambar yang kedua, korang akan perasan ada tangga untuk naik ke atas. 

Untuk pengetahuan korang, ruangan makan kat atas jaoh berbeza dengan ruangan makan kat bawah. So, camne plak rupanya kat atas ni?

  

Memang sangat selesa untuk para bapa yang kepenatan dan kepancitan dari aktiviti yang disediakan dalam Activity Park ni.

Dari atas ni pon korang boleh tengok Activity Park secara keseluruhan. Tak caye?

  

Baru la saya taw yang besar rupanya Angry Bird Activity Park ni. Ingat kan kecik je. Patutla post untuk Activity Park ade sampai Part 4..

Hahaha..

Ok la, sampai di sini saya laporan berita sensasi dari Angry Bird Activity Park dan Snack Bar.

Kalau sesiapa yang masih belum baca lagi post saya berkenaan dengan Angry Bird Activity Park, boleh terus kan click anda ke kawasan "DOMESTIC TRAVELOG".

Babai semua~~

No comments:

Post a Comment