Thursday, 16 February 2017

Angry Bird Park Johor Bharu Review - Part 2

Dah masuk post yang kedua berkenaan dengan Angry Bird Park kat Komtar Johor Bharu. Yeay! Tepuk tepuk tepuk~~

 

Kepada sesiapa yang masih belum tengok post yang pertama, boleh ke post yang sebelumnya.

So, tanpa membuang masa lagi, jom kita sambung terokai permainan dan aktiviti yang ada kat Angry Bird Park Johor Bharu ni.


~ Angry Bird Park - Number Game ~
Aktiviti ni sangat menarik dimana kanak-kanak kecil berpeluang untuk mencari dan memijak nombor yang disebut oleh mesin ini. Sangat mudah dan sangat mengeluarkan peluh.

 


~ Angry Bird Park Review - Space Soccer ~
Kalau korang hebat bermain bola, tempat ni la tempat kegemaran korang. Korang boleh sepak bola mengikut kepada petak yang bernyala, nak tengok kaki korang ni straight ke sparrow.

 

Yang petak warna hijau tu lah target korang. Yang warna merah tu plak samada korang ataupon orang lain dh berjaya sepak.


~ Angry Bird Park Review - Space Shooter ~
Space Shooter ni membuatkan korang semua terasa seperti dalam dunia dalam game, dimana korang dapat menembak Piggy yang duduk di merata tempat.

 


~ Angry Bird Park Review - Angry Bird Go Kart ~
Walaupon namanyer Angry Bird Go Kart, tapi disini lebih kepada aktiviti berbasikal. Kalau Go Kart, tak keluar peluh.

Pelbagai jenis basikal disediakan, dari saiz kanak-kanak sehingga ke saiz dewasa. Bentuknya pon amat unik setiap satu.

   


~ Angry Bird Park Review - CineMine ~
Cinema sebenarnya, tapi disebabkan dia buat kat dalam ala-ala gua, so dier namakan CineMine. Dalam ni diorang ade sebijik TV LED yang bukak cerita cartoon Angry Bird.

 

Dalam Mine ni pon ade block-block yang kanak-kanak korang boleh main susun-susun.


~ Angry Bird Park Review - Slider ~
Yep, saje je namakan tempat ni Slider sebab tak ingat namanya. Tapi kat sini korang boleh berbasikal scooter kecil. Alunan kat tempat ni akan menyebabkan korang sentiasa bergerak (kalau pandai main la).

Yang penting, kalau nak main, safety first!

 


~ Angry Bird Park Review - Gaming Station ~
Ada juga spaceship Piggy kat dalam Angry Bird Park ni, dimana dalam nya telah diubah suai kepada Gaming Station. Dalaman nyer sangat gelap, so gambarnya tak terang.

 


~ Angry Bird Park Review - Built-in Blocks ~
Kawasan ni akan menguji kreativiti anak-anak korang untuk membina pelbagai jenis binaan yang sangat unik. Korang pasti terkejut bila tengok hasil karya anak-anak korang yang buat bersama-sama rakan yang lain.

    

Irfan pon xboleh duduk diam main benda ni. 


~ Angry Bird Park Review - Surfer ~
Walaupon namanya Surfer, tapi tempat ni sebenarnya tempat untuk berbasikal untuk kanak-kanak. 

Yang bestnyer, basikal kat area ni xde tempat untuk kayuh. Kayuh pakai kaki jelaa kalau camtu..

   


~ Angry Bird Park Review - Wooden Boat ~
Tempat mainan yang biasanya terdapat kat taman mainan, tapi telah ditransfrom kepada bentuk kapal layar. Memang mengikuti citarasa kanak-kanak dan juga hampir sama dengan mainan video.

 


~ Angry Bird Park Review - Big Red Head ~
Yang ni pulak menguji kekuatan daya tolakan kanak-kanak. Memang besar burung ni, dan sangat berat. 

 


~ Angry Bird Park Review - Ball Away ~
Kawasan ni kecil saja, tapi yang penting penuh dengan bola mainan yang boleh dibaling-baling keluar. Tapi memang stress la sikit sebab kne kejar dan masukkan balik bola nyer.

Walaupon orang sini boleh bersihkan, tapi tak elok la plak nanti orang lain tak boleh main..

 


~ Angry Bird Park Review - Classroom ~
Yang terakhir untuk post ni, kat Angry Bird Park Johor Bharu ni pon ada kawasan classroom untuk proses pembelajaran, khususnya untuk lawatan sekolah-sekolah yang datang ke sini.

 


Nantikan post yang seterusnya yang penuh dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk orang dewasa pula.

Babai semua~

No comments:

Post a Comment