Monday 31 December 2018

Lone Pine Hotel Batu Ferringhi Penang Review (Part 1)

Penerokaan di Pulau Pinang diteruskan lagi dengan menetap di hotel yang kedua pula; iaitu Hotel Lone Pine yang terletak di Batu Ferringhi.

 

Hotel ini menjadi pilihan si isteri kerana mempunyai kelebihan yang tersendiri, dimana pada setiap bilik di sini mempunyai bathtub yang terbuka (ala-ala private pool).

Perjalanan daripada Tanjung Bungah ke Batu Ferringhi ini tidaklah begitu jauh, mengambil masa kurang daripada 10 minit untuk sampai.


~ Lone Pine Hotel Batu Ferringhi Penang Review - The Hotel Lobby ~

 

Apabila saya memasuki ke dalam kawasan ini, dapat terasa satu suasana yang agak tenang dan nyaman dimana kawasan Lone Pine Hotel ini mempunyai banyak pokok-pokok dan tumbuhan yang hijau, digabungkan dengan warna bangunan yang berwarna keputihan.

 

Sewaktu mendaftar, kami agak terkejut juga dengan denda yang dikenakan kepada para tetamu yang menghisap rokok di dalam bilik hotel, dimana sekiranya didapati bersalah, denda sebanyak RM 500.00 akan dikenakan. 

 

Sementara menanti urusan pendaftaran selesai, kami juga turut dihidangkan dengan air Fruit Punch yang sejuk dan juga agak sedap. 

Kami tiba disini pada jam 1.30 petang, dan disebabkan masa untuk masuk adalah pada jam 2.00 petang (pihak hotel beritahu mungkin akan menjadi lebih lewat), maka kami berlegar-legar disekitar kawasan Hotel Lone Pine ini terlebih dahulu.


~ Lone Pine Hotel Batu Ferringhi Penang Review - Touring Lone Pine Hotel's Facilities ~


 

Sementara menanti bilik kami siap dikemas (pihak hotel beritahu bahawa mereka akan menghubungi kami sekiranya bilik hotel sudah sedia untuk dimasuki), maka kami memanjangkan kaki untuk melihat kawasan sekeliling Lone Pine Hotel ini.

Kawasan Lone Pine Hotel ini agak luas, serta ianya terletak di tepi pantai serta banyak aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilaksanakan disini, dimana saya sertakan beberapa gambar yang telah kami buat disini dibawah.



 
 
Mandi di Swimming Pool~

 
 
 
Bermain dengan Hammock yang boleh didapati berhadapan dengan laluan ke pantai~

 
Pantainya yang khusus untuk penghuni hotel~

 
Spa pun boleh didapati disini~

 
 
 
 
Juga mempunyai fasiliti Gymnasium untuk penghuninya~

 
 
 
Dan juga mempunyai tempat untuk Lepak yang diberi nama Lepak Corner~


Setelah selesai saya kongsikan berkenaan dengan kemudahan yang disediakan di Lone Pine Hotel, maka perkongsian seterusnya sudah semestinya adalah keadaan bilik Lone Pine Hotel ini, dimana saya akan kongsikan dengan anda pada post yang akan datang.

Anda pasti akan terkejut dengan kemudahan dan juga keunikan bilik yang disediakan oleh pihak hotel.

**********

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment