Wednesday, 31 May 2017

Nasi Paku Ayam Kampung Kota Bharu Review

Sekiranya anda semua datang ke Kota Bharu dan melalui Jalan Pasar Berek 12, boleh singgah sebentar di Nasi Paku Ayam Kampung, terletak berhampiran dengan Pasar Berek 12.

 

Namanya yang sungguh unik menyebabkan kedai makan ini dipenuhi dengan pelanggan di waktu tengah hari dan lauk-lauknya sentiasa licin.

Apakah sejarah sehingga dinamakan nasi paku ini? Jom saya kongsi apakah yang menarik sehingga digelar nasi paku.
~ Nasi Paku Ayam Kampung Kota Baru - Sejarah Pembungkusan ~

Sedikit berkenaan dengan sejarah Nasi Paku Ayam Kampung ini. Pada awal pembukaannya, bungkusan nasi-nasi yang dijual disini semuanya dikelipkan dengan paku berbanding dengan getah belacan.

 

Namun, baru-baru ini pemilik kedai terpaksa menukarkan modus operandi kepada menggunakan getah belacan daripada menggunakan paku diatas sebab-sebab yang tertentu.


~ Nasi Paku Ayam Kampung Kota Baru - Ayam Kampung ~

 

Walaupon gorengan ayamnya nampak seperti kering, tetapi isi dalamannya tidak terlalu kering seperti yang disangkakan. Rasanya yang kenyal-kenyal memang menjadi pilihan kepada penggemar Ayam Kampung.


~ Nasi Paku Ayam Kampung Kota Baru - Sambal Cili Padi ~

 

Sambal cili padi yang disediakan bersama-sama dengan Nasi Paku Ayam Kampung ini memang tidak boleh dinafikan kepedasannya. Saya selaku penggemar cili padi pon boleh berpeluh-peluh bila makan ayam kampung bercicahkan sambal ini.


~ Nasi Paku Ayam Kampung Kota Baru - Lauk Sampingan ~

 

Terdapat pelbagai pilihan lauk sampingan yang disediakan di kedai ini, tetapi yang paling famous serta selalu dimakan oleh penduduk disini adalah Telur Masin dan Solok Lada.

Solok Lada di Kelantan, mahupon kedai-kedai masakan kelantan yang ada di sekitar Semenanjung Malaysia mempunyai keunikan tersendiri. Di kedai ini, Solok Ladanya sangat kaya dengan rasa ikan dan ladanya tidak pedas.


~ Nasi Paku Ayam Kampung Kota Baru - Nasi Bungkus ~

 

Akhir sekali adalah nasi bungkus yang disediakan di kedai ini. Pada awalnya, saya berasa pelik dimana tiada kuah yang dihidangkan di atas meja, tetapi apabila saya membuka bungkusan nasi, kuahnya memang telah dimasukkan sekali.

Selain dari kuah, sayur juga turut dimasukkan sekali bersama-sama dengan nasi.

Disini terdapat sedikit kelemahan dimana nasi ini akan mengembang dengan kehadiran kuah, maka sekiranya dapat nasi yang telah lama dibuat, bila makan akan terasa muak.


~ Nasi Paku Ayam Kampung Kota Baru - Kesimpulan ~

Secara kesimpulannya, makanan yang dihidangkan disini memenuhi citarasa saya kecuali nasinya. Adalah lebih baik sekiranya nasi dan kuah diasingkan daripada disekalikan.

Mungkin pada beberapa orang lain tidak kisah jika disekalikan, tetapi bagi saya ianya akan menyebabkan pelanggan muak disebabkan nasi yang telah kembang.

Sampai disini sahaja. Jumpa lagi di masa yang akan datang.

Bubbyeee~~

No comments:

Post a Comment