Sunday 16 October 2016

Genting Highland Indoor Games (Part 1)

 

Sebenarnya dah lama dh pegi, sebelum Outdoor Theme Park bukak lagi. Time ni tak silap Outdoor masih tutop, so kira untung gak la. Save duet sikit. Hehehe..



So, kami sekeluarga pon bertolak la dari rumah, kira-kira jam 9 pagi camtu, then kami pon sampai la dalam kol 10 lebih camtu. Well, dari Kajang ke sana takdela jem sangat pon. 

Lgpon, hari Sabtu pagi, tak ramai la kat atas highway. Siap boleh singgah carik bekpes lagi tu. Yang paling win, beli megi cup sebab time ni si isteri tgh berbadan 2. So, selera lebih la tuu~~


~ Genting Highland Review - Gondola ~

 

Bila dah sampai kat pertengahan, cam awal lagi. So, wife ajak naek Gondola. Kalo nak diikotkan, nak je teros check in hotel. Hahaha..

Penyakit malas ku dah melanda, tapi layankan jela. Kitorang pon ape lagi, park kat Parking Gondola tu, then kitorang pon nek laa~~ Harga utk sorang dalam RM 12.80, So kalau dua dalam RM 25.60. Nasib baik time tu Irfan masih tak cukop inci. Hehehe..

        

Time tengah naik tu boleh pulak berkabus... Kemain takut lagi Irfan sebab tak nampak bawah. Well, actually dari masok lagi dah start takot dah. Senyappppppp jer dia, tapi takpela. Sebab bila dah balik pon asik sebut "Nak Lola, nak Lola.." Hahahaha..


~ Genting Highland Review - Indoor Games ~

Setiba kitorang kat atas, kitorang pon berjalan la menghala ke lokasi yang lebih menarik. RM 8 per ride per person untuk main Indoor game. Kitorang amik yag package, RM 40 dan boleh ride sampai 5 kali.

  

First ride, kitorang naik swan yang kat atas tu. Tah ape tah nama dier, lupa la plak. Hahaha. Maklumlaa, banyak sangat makan jajan. Hehehe. 

Ride ni bawak kitorang pusing-pusing kawasan ni, so banyak gak la yang menarik yang kitorang dapat tengok. Ade gak permandangan yang lain, tapi tah mana tah gambo tu. Hilang plak gambar dier.

            


~ Genting Highland Review - Special Street Show ~

Kena selit sikit gambar isteri ngan anak, kang ade yang makan sup terompah balik nanti. Ehemm.. 

Setelah tunggu selama 30 minit dan nek ride ni selama 5 minit (rasenyer la), so kitorang pon turun ke ruangan legar untuk tengok ape aktiviti yang berlangsung time tu.

 

Kat ruangan legar tu ada la pertunjukkan tarian. Kisah yang agak sedih, sebab jalan cerita cam lelaki tu curang. Tp tak tengok habis la, sebab Irfan dah lari ke mane tah. Kena kejar dia tu, mesti ada jumpe something yang menarik.


~ Genting Highland Review - Indoor Games (Cont.) ~

Yep, memang beliau jumpa something yang lebih menarik dari tarian kat atas tu. Kali ni, kitorang naik Rusa plak! 

Yang rusa ni takdela cam yang Ride atas tu, tapi yang ni quite ok gak la. Sesuai untuk family yang not into extreme sports. Takpe, takpe, nanti bila Outdoor dah bukak, kita pegi lagi skali.

      


~ Genting Highland Review - Turun Gondola ~

Okey, dah letih dah ni. So, kita turun dulu dengan Gondola lagi skali. Next stop, lepaking kat hotel dan makan.

    


~ Genting Highland Review - Hotel Sri Malaysia ~

Hotel yang kitorang tinggal ni dinamakan Hotel Sri Malaysia. Disebabkan lapar, kitorang order makanan Dine-In saja; Nasik Goreng Kampung Special dan Nasik Goreng Seafood. 

Dah petang pon nampak kabus lagi. Tanah tinggi la katakan. Hehehe..

     
Sonoknyer anakanda sorang ni makan jajan...


~ Genting Highland Review - Special Activity ~

Round two plak, which is Day 2 la brader. Kita nek lagi skali la, tak kan nak balik dah kan. Alang-alang dah sampai, kita pegi lagi skali. 

Kalini lebih kepada men belon plak. Memang best sebab ada satu kawasan ni memang ada banyak sangat belon. Tapi rasanya aktiviti-aktiviti camni ada masa-masa yang tertentu jer, bukannyer setiap masa.

Gambar mak buyung tu jangan dilupakan. Hehehehe...

        

Dah sampai di penghujung post, so jumpa lagi dilain masa. Next time harap ada banyak masa nak amik gambar dari mengejar anakanda berlari-lari kesana-sini. Hehehe...

Adieuuu~~

No comments:

Post a Comment