Kadangkala kami sedikit kemalasan ketika berada di rumah, dan hanya memesan dengan menggunakan aplikasi Food Panda untuk membeli makanan di sekitar Kajang, sehingga kami merasai Mee Kari yang disediakan oleh Kedai Makan Mee Kari Power Masjid Kajang.
Terdetik juga kami ingin makan di kedainya, tetapi apabila kami sampai di kedainya sebelum ini (sebanyak 2 kali), kedainya sentiasa tutup sehingga kami tidak berputus asa dan ke kedai ini untuk kali yang ketiga.
Rezeki kami kali ini, kedai ini dibuka~
Pada asalnya, Kedai Mee Kari Power ini terletak berhadapan dengan Masjid Jamek Kajang, namun kedai ini telah berpindah ke Sungai Kantan diatas hal yang tidak dapat dielakkan. Agak kedalam juga lokasi baru kedai ini, namun ianya agak mudah untuk dijumpai.
Gadis yang berada di dalam gambar diatas? Beliau adalah salah seorang anak murid isteriku suatu ketika dahulu, bekerja sebagai pembuat air di kedai ini~~
~ Mee Kari Power Masjid Kajang Review - The Menus ~
Menu utama di Kedai Mee Kari Power ini sudah semestinya bertemakan Mee Kari, disamping kedai ini turut menyediakan hidangan yang lain seperti Mee Hailam, Nasi Ayam dan lain-lain lagi.
Bagi kami yang memang teringin hidangan kari seperti ini, maka kami mengambil 2 jenis hidangan Mee Kari seperti dibawah.
Mee Kari Biasa (RM 6.00 satu hidangan)~
Mee Kari Special (RM 10.00 satu hidangan)~
Mee Kari yang disediakan disini memang sangat power, dimana hirupan pertama menentukan segalanya. Sekiranya anda tidak tahan pedas, semestinya akan tersedak yang menyebabkan tekak anda terasa kepanasan selepas itu.
Perbezaan antara Mee Kari Biasa dan juga Mee Kari Special terletak pada isi kandungannya, iaitu Mee Kari Special mempunyai isi ayam, fish ball dan sayuran yang lebih banyak berbanding dengan Mee Kari Biasa.
Hidangan air sejuk yang menjadi pilihan kami~
Hidangan air sejuk yang menjadi pilihan kami pula terdiri daripada 2 jenis minuman yang seringkali dijumpai di setiap kedai makan, iaitu Sirap Selasih (RM 3.00 satu gelas) dan juga Teh O Ais Laici (RM 3.00 satu gelas).
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment