Thursday, 23 May 2019

Ayam Gepuk Pak Gembus Kajang Review

Semua ini gara-gara si isteri yang suka memakan Nasi Ayam Penyet, yang membawa kami sekeluarga untuk menyinggah di Kedai Makan Ayam Gepuk Pak Gembus yang terletak di Bandar Kajang, berhadapan dengan IPD Polis Kajang.

 

Pada awalnya, beliau bersama rakan sekerja telah menikmati hidangan ini di Bandar Baru Bangi bersama-sama dengan rakan sekerjanya, dan kali ini beliau ingin berkongsi kegembiraan bersama-sama dengan kami pula.



~ Ayam gepuk Pak Gembus Kajang Review - The Menu ~

 

Dengan hanya memfokuskan hidangan Ayam Penyet, menu di kedai Ayam Gepuk Pak Gembus dibahagikan kepada empat (4) jenis set seperti di dalam gambar diatas dengan tiga (3) tahap kepedasan; Biasa, Pedas dan Extra Pedas.

Berikut adalah merupakan hidangan yang telah kami pilih.


 
Set B (RM 8.90 satu set)~

Set B di Ayam Gepuk Pak Gembus ini dihidangkan dengan satu per empat (1/4) ayam goreng, Nasi, Tauhu, Tempe, Kubis dan juga Timun. Bagi yang menikmati hidangan di kedai, nasi tambah dan juga sambal adalah percuma sahaja.


 
Set D (RM 10.90 satu set)~

Set D pula dihidangkan dengan satu per empat (1/4) ayam goreng, nasi, kubis goreng, hati, pedal, tauhu, tempe dan juga timun. Kandungannya memang agak banyak, namun rasa kubis goreng ini sahaja yang tidak sesuai dimakan bersama-sama dengan ayam penyet ini.


 
Ayam Penyet ala-carte (RM 6.80 satu hidangan)~

Terdapat juga hidangan ala-carte yang lain, dihidangkan di kedai Ayam Gepuk Pak Gembus seperti berikut;

|  Ayam Penyet (RM 6.80) | Nasi (RM 1.20) | Kubis Goreng (RM 1.30) | Hati Ayam 3 ketul (RM 1.80) | Pedal 3 ketul (RM 1.80) | Tauhu 2 ketul (RM 1.00) | Tempe 2 ketul (RM 1.00) | Keropok (RM 1.00) |


~ Ayam Gepuk Pak Gembus Kajang Review - The Sambal ~

 

Terletaknya kesedapan setiap hidangan Ayam Penyet adalah di Sambal Penyetnya, bukannya pada air tangan si penbuat sambal penyet itu sendiri.

Berdasarkan kepada bahagian terdahulu, terdapat tiga (3) jenis tahap kepedasan yang ditawarkan di kedai ini iaitu Biasa (3 tahap kepedasan), Pedas (5 tahap kepedasan) dan Extra Pedas (10 tahap kepedasan).

Bagi saya, sedangkan sambal yang biasa pun sudah pedas, apatah lagi ingin menikmati sambal yang Pedas dan Extra Pedas. Memang boleh meninggal..


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment