Monday, 20 May 2019

Iftar 2019 Kedai Makan Sate 7 Pagi Serdang Review

Sesi Iftar di luar rumah yang kedua pada tahun ini adalah bersama-sama anak-anak murid si isteri yang mengajak beliau (dan beliau mengajak saya) untuk berbuka puasa di sebuah kedai makan di Seri Serdang yang bernama Kedai Makan Sate 7 Pagi.

 

Lokasi Kedai Makan Sate 7 Pagi ini terletak berhampiran dengan Sekolah Menengah Seri Serdang, dimana salah sebuah lokasi untuk merasai hidangan sate selain daripada Sate Haji Samuri dan juga Sate Willy.


~ Iftar 2019 Kedai Makan Sate 7 Pagi Serdang Review - The Menu ~

 

Terdapat pelbagai jenis hidangan yang disediakan di Kedai Makan Sate 7 Pagi ini, selain daripada hidangan Sate. Antara hidangan yang disediakan adalah Mee Rebus, Lontong, Nasi Ayam dan macam-macam lagi.

 
Memang meriah jika berbuka beramai-ramai~

Berikut adalah beberapa hidangan yang telah kami pesan, menjadi juadah ketika berbuka puasa di Kedai Makan Sate 7 Pagi yang terletak di Serdang.

 
 
Sate Set Ayam dan Daging (RM 11.50 satu set)~

Gambaran diatas adalah merujuk kepada 2 set yang telah kami ambil, untuk dimakan bersama-sama dengan yang lain. Meskipun kuantiti sate yang dihidangkan ini agak banyak (satu set mengandungi lebih kurang 10 cucuk sate), namun ianya licin dikerjakan.

Sambal kacang sebagai pencicah sate juga turut menjadi serbuan, meskipun ianya pedas dan tidak berapa sesuai untuk kanak-kanak. Lihat pada warnanya sahaja pun sudah mengetahui, namun ianya tidak cair dan memang puas hati apabila memakannya.


 
 
Nasi Arang Ayam beserta kuahnya (RM 11.50 satu hidangan)~

Nasi Arang Ayam ini merupakan hidangan yang special di Kedai Makan Sate 7 Pagi ini, dimana ianya jauh berbeza dengan Nasi Biryani yang biasanya dimakan di kedai mamak dan juga Nasi Arab yang dimakan di kedai arab.

Yang membezakannya adalah ayam yang dihidangkan bersama-sama dengan nasi ala-ala nasi Mandy ini. Kena pada namanya, ayam yang dihidangkan dibakar dengan menggunakan kayu arang daripada dimasukkan didalam oven seperti mana kebanyakkan kedai lakukannya.

Rasanya memang memukau jiwa.


 
Mee Rebus Special (RM 9.50 satu hidangan)~

Mee Rebus yang menjadi hidangan terakhir kami pada kali ini berjaya juga dihabiskan, dengan kuantiti makanan yang dipesan diatas untuk anak-anak dengan harapan mereka makan, yang akhirnya terpaksa saya habiskan juga.

Mee Rebus Special ini memang sedap, dengan kuahnya yang agak pekat serta hidangan mee dan juga dagingnya yang agak banyak dimasukkan di dalam satu pinggan. 


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment