Di Kelantan sangat terkenal dengan kehadiran sejenis makanan Fusion yang diberi nama Megi Kelapa, yang boleh didapati di hampir sekitar Bandar Kota Bharu Kelantan.
Namun, terdapat beberapa kawasan yang menyediakan Megi Kelapa yang sedap dan menyelerakan. Salah satu lokasinya adalah di Pantai Cahaya Bulan, atau lebih dikenali sebagai PCB.
Di sini memang banyak hidangan-hidangan berupa Megi Kelapa, tetapi gerai manakah yang menyediakan hidangan Megi Kelapa yang lazat?
Gerai yang kami pergi terletak di adalah merupakan gerai yang terhujung, berhampiran dengan pemandangan pantai. Bagi kami, gerai ini agak strategik kerana lokasinya yang mudah dicari (dan juga tiupan angin-angin yang menyamankan dari laut).
Kesemua tempat duduk ini diperbuat seperti sebuah pondok kecil, dibina dengan buloh dan pelepah kelapa sebagai atap.
~ Maggi Kelapa PCB, Kelantan Review - Maggi Kelapa ~
Maggi Kelapa yang disediakan di sini adalah merupakan Maggi Tomyam Seafood yang diletakkan di dalam biji kelapa (Maggi ini dimasak terlebih dahulu sebelum dimasukkan, bukannya dimasak di dalam biji kelapa).
Namun, apa yang menghairankan kami ketika memakan hidangan ini adalah, magginya tidak begitu masak (masih sedikit keras). Adalah lebih baik sekiranya maggi yang disediakan disini adalah lebih lembut sedikit, untuk memudahkan proses pemakanan dan penghadaman di dalam perut.
Selain daripada Maggi, Kuah Tomyam, cebisan ayam dan beberapa sayuran tomyam yang biasa kita makan, terdapat juga beberapa ketul udang yang dimasukkan sekali dengan hidangan ini.
Kuah Tomyam yang dihidangkan agak pekat, dan juga agak pedas. Sekiranya anda tidak tahan, anda boleh meminta peniaga untuk mengurangkan kepedasan hidangan ini.
~ Maggi Kelapa PCB, Kelantan Review - Coconut Juice ~
Alang-alang makan maggi di dalam kelapa, minum air pun mestilah di dalam kelapa juga. Hahaha~
~ Maggi Kelapa PCB, Kelantan Review - Green Tea Shake ~
Selain dari air kelapa, minuman Green Tea Shake ini juga boleh dikatakan sebagai sebuah minuman yang jarang didapati di sekitar Kota Bharu. Ianya hanya boleh didapati di gerai-gerai di Pantai Cahaya Bulan sahaja.
Oleh disebabkan namanya pun adalah shake, maka Green Tea ini juga diletakkan aiskrim vanila diatasnya bertujuan untuk menambahkan kelemakkan minuman ini.
**********
Menurut kepada sahabat saya yang memang orang kelahiran kelantan, hidangan Maggi Kelapa ini memang lain berbanding dengan hidangan yang beliau pernah makan. Kebarangkalian lokasi kedai yang kami pergi ini adalah salah.
Anda semua jangan risau, akan saya cari kedai yang menyediakan Maggi Kelapa yang sedap di sekitar gerai-gerai di Pantai Cahaya Bulan ini.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment