Thursday, 5 April 2018

Jakarta Special Edition (Part 1) - Best Western The Hive Hotel, Jakarta

Di Jakarta, kami telah menginap di Hotel Best Western The Hive setelah berada di Yogyakarta selama 2 hari dan 2 malam di sana, mengambil masa kira-kira hampir 1 jam perjalanan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

 

Hotel Best Western The Hive ini juga dikatakan salah sebuah Hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di kawasan Bandar Jakarta, mempunyai harga yang agak murah jika dibandingkan dengan hotel 5 bintang yang didapati di Malaysia.

Jom saya kongsikan dengan anda bilik yang kami duduki, berharga di dalam lingkungan 500,000 Rupiah (RM 150.00).


~ Best Western The Hive Hotel, Jakarta - The Bedroom ~

 

Di dalam bilik yang telah disediakan oleh pihak Hotel Best Western The Hive ini mempunyai 2 katil Super Single, serta beberapa barangan utama yang perlu ada seperti almari, peti ais dan lain-lain lagi seperti di dalam gambar dibawah.

 
 
 
Beberapa peralatan yang disediakan oleh pihak hotel~

 
 
Restroom yang tidak terlalu sempit dan tidak terlalu luas~


~ Best Western The Hive Hotel, Jakarta - The Breakfast ~

 

Sarapan pagi yang disediakan di hotel ini terletak berhampiran dengan Lobi Utama, menghidangkan makanan-makanan yang beransurkan makanan tempatan dan makanan fusion seperti dibawah.

 
Makanan berupa mee sup~

 
 
Nasi & juga beberapa makanan western seperti hotdog~

 
 
Beberapa makanan fusion~

 
Bahagian roti~

 
Bahagian buah-buahan~

 
Bahagian minuman~

 
Bahagian dimsum dan seangkatan dengannya~

**********

Memang berbaloi-baloi kami menginap di Hotel Best Western The Hive yang terletak di Jakarta ini, dimana kami menginap di sini selama 3 hari dan 2 malam.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment