Bandar Melaka yang terkenal sebagai Bandar Bersejarah di Malaysia terdapat pelbagai jenis daya tarikan para pelancong, dimana sejarah-sejarah di Zaman Kesultanan Melayu dan juga di zaman penjajahan telah memberikan Bandar Melaka ini sebagai sebuah bandar yang anda harus lawati.
Terletak di Alor Gajah Melaka, terdapat sebuah hotel yang agak terkenal, diberi nama sempena sebuah kota pada zaman penjajahan suatu ketika dahulu. Nama hotel ini adalah A Famosa Resort Melaka.
Apakah perbezaan hotel ini dengan hotel-hotel yang lain, yang juga terletak di dalam negeri Melaka ini sendiri? Jom kita lihat.
Pintu masuk ke dalam A Famosa Resort memang sangat besar dan unik dengan air pancutnya serta patung ikan lumba-lumba yang berpusing-pusing di dalam air pancut tersebut.
~ A Famosa Resort, Melaka Review - The Surroundings ~
Sekiranya anda melanjakkan perjalanan anda mengelilingi kawasan A Famosa Resort ini, anda akan terjumpa dengan badan kereta kuda yang berwarna putih ini.
Meskipun anda boleh menaiki dan mengambil gambar bersama-sama dengan badan kereta kuda ini, namun keselamatan harus dijaga juga kerana terdapat beberapa kawasan di badan kereta kuda ini yang sudah berkarat.
~ A Famosa Resort, Melaka Review - The Main Building ~
Di dalam kawasan A Famosa Resort terdapat beberapa bangunan yang mungkin menyebabkan anda berasa sedikit keliru, lebih-lebih lagi bagi anda yang ingin mencari Hotel A Famosa ini. Gambar diatas adalah merupakan bangunan utama A Famosa Resort, bukannya bangunan hotel.
Bangunan utama ini mempunyai beberapa bilik perbincangan dan juga beberapa dewan yang agak besar untuk majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, majlis konvo dan sebagainya.
Sekiranya anda menginap di Hotel A Famosa, maka dewan makan untuk sarapan pagi adalah terletak di bangunan ini.
~ A Famosa Resort, Melaka Review - Hotel A Famosa Resort ~
Sekiranya anda mencari Hotel A Famosa Resort, maka anda harus mencari bangunan ini, terletak di sekitar bulatan di hadapan Bangunan Utama. Sekiranya anda dari pintu utama, anda perlu ambil jam 3 (pada bulatan) dan seterusnya ambil simpang ke kiri.
Sebelum sampai di bulatan yang besar, terdapat satu jalan kecil di sebelah kiri yang membawa anda ke lobby utama hotel ini.
Seterusnya adalah perkongsian beberapa gambar bilik yang telah kami tempah melalui aplikasi Agoda.
Katil Double Queen~
Meja Solek yang akan menjadi meja makan kami~
Kawasan meletak barangan dan juga bagasi~
Wifi yang disediakan, namun ianya adalah random generated~
Pemandangan dari berandar yang sangat cantik (termasuk model)~
Sofa untuk duduk~
Restroom yang agak besar dan mempunyai bathtub~
~ A Famosa Resort, Melaka Review - Hotel Walkway ~
Di bahagian luar bilik, lebih-lebih lagi di tingkat 1 hotel mempunyai sebuah kawasan taman yang cantik dan menenangkan, dengan kolam ikan yang mempunyai ikan koi dan beberapa jenis ikan yang lain berenang mengelilingi kawasan ini.
Terdapat juga beberapa kerusi kayu yang memberikan keselesaan kepada penginap hotel ini untuk berehat mahupun membuat aktiviti bergambar seperti kami.
~ A Famosa Resort, Melaka Review - Swimming Pool ~
Di kawasan Hotel A Famosa tidak disediakan kolam renang, dimana sekiranya anda ingin berenang di kolam renang, anda harus keluar membawa kereta menuju ke arah Apartment.
Jarak perjalanan juga mengambil masa kira-kira 3 minit untuk sampai ke kawasan ini. Kolam renang yang disediakan di apartment ini amat luas, dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian kanak-kanak dan juga bahagian dewasa yang sedalam 1.5 meter.
**********
Secara keseluruhan, Hotel A Famosa Resort, Melaka ini memang sebuah hotel yang cantik dan luas, berbaloi dengan harga yang ditawarkan oleh beberapa aplikasi online seperti Traveloka, Booking.com dan juga Agoda.
Sudah tiba masa untuk saya mengundurkan diri, memberi peluang kepada Izzat untuk tidur.
Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment