Setelah dilonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan pada Jun baru-baru ini, maka lokasi pertama yang kami pergi untuk menikmati hidangan makan malam (setelah sekian lama terkurung di dalam rumah) adalah Medan Ikan Bakar Tok Bali yang terletak di Bangi.
Medan Ikan Bakar Tok Bali ini memang selalu kami pergi, meskipun sebelum waktu PKP lagi. Setiap kali kami datang ke Restoran ini, kami memilih menu hidangan yang biasa seperti Ayam Goreng Kunyit, Kailan Ikan Masin, Ayam Goreng Pedas, dan beberapa hidangan yang boleh didapati di setiap kedai makan yang lain.
Namun setelah mendengar serta meneliti beberapa pandangan orang berkenaan dengan Medan Ikan Bakar Tok Bali ini, barulah kami tahu terdapat hidangan yang istimewa yang dihidangkan disini.
~ Medan Ikan Bakar Tok Bali Bangi Review - The Recommended Foodies ~
Diantara menu-menu yang sangat banyak, yang ditawarkan oleh Medan Ikan Bakar Tok Bali ini, terdapat beberapa hidangan yang menjadi saranan oleh orang ramai untuk dirasai dan harus dicuba ketika datang ke sini. Hidangan saranannya tidak lain dan tidak bukan adalah..
Ikan Siakap Stim Lemon yang menjadi pilihan pertama kepada mereka yang menggemarkan hidangan Ikan Masak Stim ini. Lain daripada hidangan di kedai makan di luar sana, hidangan ini sangat special kepada kami yang gemarkan kepedasan.
Sup yang dihidangkan juga sangat sedap, terasa kemasaman daripada Lemon yang diperah serta sedikit kepedasan bagi mereka yang tidak tahan pedas. Harga hidangan ini bergantung kepada jenis dan saiz ikan yang dipilih.
Hidangan ini boleh dikatakan menu wajib bagi kami sekiranya datang ke Medan Ikan Bakar Tok Bali ini, kerana apabila kami teringatkan Ikan Stim Lemon, pasti kami akan teringatkan kedai ini.
Hidangan tambahan pertama yang kami pilih, untuk dimakan bersama-sama dengan Ikan Siakap Stim Lemon ini tidak lain dan tidak bukan adalah Kerang Rebus. Menurut kepada pencinta kerang rebus, si isteri, kerangnya agak besar dan juga agak manis, selain daripada hidangannya yang bersih daripada pasir.
Menu tambahan yang kedua pula adalah set cendawan goreng, yang dihidangkan dengan sos cili buatan sendiri (rasanya unik, dan bukannya sos cili pencicah yang pernah kami rasa). Kami memilih hidangan ini untuk merasai hidangan yang goreng dengan menggunakan tepung, kerana biasanya hidangan seperti ini agak sukar untuk dibuat sekiranya campuran tepungnya yang salah.
Akan tetapi, hidangan cendawan goreng tepung ini terbukti sedap untuk dimakan dengan strukturnya yang crunchy diluar, dan manis cendawannya didalam.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment