Berada di Kota Kinabalu sekali lagi kini diatas urusan pejabat, saya dapat juga menginap di Marriott Hotel Kota Kinabalu yang dikatakan diantara hotel bertaraf lima (5) bintang di Kota Kinabalu ini.
Ini adalah kerana saya telah ditugaskan untuk menjaga bahagian logistik, pergerakkan deligasi-deligasi daripada China sebelum ketibaan mereka ke Kota Kinabalu, sehingga mereka pulang ke China semula.
Tanpa membuang masa, saya kongsikan keadaan dalaman Marriott Hotel yang dikatakan bertaraf lima (5) bintang ini.
Suasana kawasan di ruangan lobi utama Hotel Marriot ini sangat luas, dan nampak sangat elegen dengan gabungan parkey yang berunsurkan kekayuan.
Di atas ceiling kawasan lobi utama ini pula dapat kelihatan sebuah lampu yang sangat benar, menyinari kawasan lobi utama ini sehingga menampakkan suasana yang amat elegen.
Setelah selesai mendaftar masuk, maka kami pun terus menaiki ke bilik yang telah disediakan oleh pihak pengurusan. Namun, harus diingati bahawa terdapat dua (2) jenis lift iaitu lift A dan lift B, yang membezakan diantara bangunan penginapan dan bangunan komersial.
Ruangan jalan ke bilik~
~ Marriott Hotel Kota Kinabalu Review - The Room ~
Akhirnya sudah tiba untuk kita melihat bagaimanakah rupa bilik Marriott Hotel Kota Kinabalu. Jom kita lihat~
Kawasan kamar tidur~
Kawasan bilik air yang boleh buka tutup~
Pemandangan luar dari bilik tidur, dapat melihat pemandangan Kota Kinabalu~
~ Marriott Hotel Kota Kinabalu Review - Other Facilities ~
Selain daripada kawasan komersial, terdapat pelbagai jenis kemudahan lain yang turut disediakan di Marriott Hotel. Antaranya adalah kolam renang, Spa, Gym, Club dan lain-lain lagi.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment