Pantai Tanjung Bungah Penang ni terletak dibelakang kawasan perumahan penduduk tempatan dimana kalau nak mencari dengan menggunakan WAZE, jalan masuknya betul-betul selepas Hotel Flamingo.
Indah nama dari rupa, Pantai Tanjung Bugah ni dipenuhi dengan segerombolan anjing-anjing liar yang menyebabkan keadaan dan suasana untuk bermain-main disini menjadi suram bagi kami sekeluarga..
Indah nama dari rupa, Pantai Tanjung Bugah ni dipenuhi dengan segerombolan anjing-anjing liar yang menyebabkan keadaan dan suasana untuk bermain-main disini menjadi suram bagi kami sekeluarga..
Ada beberapa pesanan yang saya nak sampaikan kepada sesiapa yang nak datang ke tempat ni, tapi meh sini saya share dan review dulu gambar2 kitorang kat sini.
Walaupon pemandangan di pantai ini sangat cantik, terutama sekali pada waktu senja, tapi kepada sesiapa yang nak datang ke tempat ni, saya sarankan supaya mengambil-kira perkara-perkara dibawah supaya tidak terjadi pada korang nanti.
~ Pantai Tanjung Bugah Penang Review - Kawasan Parking ~
Akan ada orang yg naik motor datang meronda kawasan-kawasan perumahan ni dimana orang-orang ni akan memancing korang untuk masok ke kawasan parking di tepi pantai. Kalau korang parking kat kawasan ni, korang akan dikenakan parking charge walaupon sekejap.
So, sesiapa yang nak pegi sekejap je, adalah lebih baik kalau korang parking kat kawasan perumahan dan bergerak ke pantai dengan berjalan kaki sahaja.
~ Pantai Tanjung Bugah Penang Review - Gerai-gerai makan ~
Memang takde gerai kat sini. So, kalau korang nak bercamping kat sini, disarankan bawak makanan dan minuman sendiri.
~ Pantai Tanjung Bugah Penang Review - Penuh Anjing Liar ~
Memang betul. Tempat ni penuh dengan anjing-anjing liar. Ada juga anjing-anjing yang dibawa oleh penduduk tempatan. Walaupon anjing-anjing ni tak buat pape, tapi kita rasa tak berapa selesa sebab pentingkan keselamatan anak-anak. Betul tak?
No comments:
Post a Comment