Tuesday 20 December 2016

Krabi Review : Food Hunting

Sudah tiba masanya yang ditunggu-tunggu... Post ni saya akan share makanan-makanan yang lazat lagi halal yang ada kt Ao Nang ni.. Kt sini memang mudah nk mencarik kedai makan yang halal sebab banyak pelancong dari Malaysia.. Siap ada yang reti cakap bahasa lagi tu... Wow!

 

Untuk pengetahuan semua, semua harga lebih kurang sama saja jika makan di kedai-kedai sebegini.. Cuma sedap atau pon x saja..


1. Bangboo Halal Seafood

Kedai makan ni terletak berhampiran dengan Masjid Ao Nang. Ia nya senang untuk dicari, iaitu berhadapan dengan Masjid.. Mungkin kena jalan sikit sebab bukan betul-betul depan masjid.. Ni la merupakan kedai pertama yang kami singgah di hari yang pertama..

 
Rupa bentuk kedai dari luaran..

  
Bergambar sebelum mendapat makanan..

 
Tomyam yang menjadi pembuka selera... Pekat & pedas yang amat...

   
Antara makanan dan minuman yang di order...

Jumlah kecederaan adalah sebanyak 870 Bhat untuk 4 orang... Al.maklum la... Masing-masing eksited nk makan macam-macam.. Hmm.. Memang tercedera poket ni...


2. Nong Thaifoods Kitchen

Jarak Nong Thaifoods Kitchen ni kira-kira di dalam lingkungan 100 meter dari Smile Hotel. Kalau keluar dari hotel, belok ke kanan.

 
Kt depan kedai makan yang kedua...

 
Hmm... Nak order ape yer??

    
Kedai ni kitorg repeat sampai 2 kali sebab Nasik Goreng Seafood dia best giler... Yg lain biasa-biasa saja..

    
Gambar 1st & 2nd tu gambar nasik itik... yg 3rd nasik tomyam & yg last tu gambar nasik goreng seafood...

Jumlah kecederaan untuk kedua-dua kali makan kt sini adalah lebih kurang 600 Bhat (sekali makan)... Lebih murah berbanding dengan yang kedai makan 1st..


3. Klang Soi Halal Food

Sekiranya korang keluar dari Ananta Burin Resort, berjalan ke kanan sejauh 50 meter dan korang akan nampak kawasan kedai makan halal food kt tepi jalan..

 

Kitorang tertarik dengan kedai ni sebab ada bau-bau datang dari Malaysia... Hahaha.. Ya betul!! Klang!! So, kitorang pon mencuba masakan di sini..

 
Gambar kedai Klang Soi Halal Food...

    
Suasana dalam kedai makan... Ada ketam ngan Lobster tuu... Pergh... Ni mesti klo ada yang order, diorang tangkap dari sini & masak terus...

 
Menunggu makanan sampai dengan tenang dan penuh kesabaran...

    
Makanan pilihan kitorang... Nampak cam menarik, tp rasa dia lagi menarik.. Memang kitorang makan dengan rakus... Apa nama makanan ni?

   
Ni nama & harga makanan yang kitorang makan.. Biasala, amik yang jarang jumpe kt Malaysia...

  
Apa lagi... Jom makannnn~~

Kos kecederaan untuk kali ni lebih kurang 600 Bhat... Memang perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru tengah membuak-buak dalam hati.. Huhuhuhu...


4. Rotee Yamilah (Pancake)

Kt Krabi ni memang feymes dengan pancake diorang.. Pancake yang telah diubah suai dan menjadi kegemaran ramai pelancong yang datang ke sini. Antara salah satunya adalah kedai Rotee Yamilah, yang terletak berhampiran dengan Ao-Nang Sunset Hotel. Camne rupa kawasan nyer? Jom kita lihat...

 
Yep.. Kedai tepi jalan saja...

  
Macam-macam ada di jual kt sini.. Ada air teh wangi, bakar-bakar, dan macam-macam lagi... Air besar camtu pon baru 20 Bhat...

 
Inilah dia Rotee Yaminlah yang menjadi gilaan para wanita yang turut serta dalam rombongan kali ni...

  
Ituuuuuuuuu diaaaaaaaa~~ Meleleh weiiiii~~ Banana + Nutella... Memang Slurppp~~ Xdapat nk menandingi kedai pancake yang lain yang ada kt kawasan ni.. Meleleh-leleh nuttela dia...

 
Nah tengok harga dan variety yang dia ada...


So, selama 4 hari dan 3 malam kitorg berada kt sini, kos hangus untuk makan-makan saja dah cecah hampir 4,000 Bhat untuk 4 orang.. Maksudnya, kalau jenis yang makan ala kadar & xde menunjukkan kebuluran, kos makan untuk seorang (sehari) lebih kurang 500 Bhat sahaja.. Kalau yang jenis nk merasa semua benda, mmg xkn cukop 500 Bhat seorang untuk sehari...

Sekian saja... Jumpa lagi di post yang akan datang, iaitu koleksi gambar jalan-jalan kami sekeluarga kt Pekan Ao Nang yang xtermasuk dalam post yang sebelum ni.. Lebih kepada gambar-gambar shopping jerr...

No comments:

Post a Comment